Thursday, October 10, 2013

* PISANG DAN KEBAIKKANNYA




Pisang dikatakan boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu: 

1. Darah tinggi dan strok ~ Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol ~ Pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-birit ~ Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia ~ Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. 

5. Kemurungan ~ Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening ~ Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja penawar malah enak rasanya.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Petikan diambil dari: JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

~ Thank You ~

2 comments:

  1. saya suka makan pisang, anak-anak pun. Lepat pisang, pengat pisang, cekodok pisang, kek pisang, wahh..macam-macam lagi

    ReplyDelete
  2. zila...saya pun, paling sedap lempeng pisang bakar....hehee....

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...