Friday, October 11, 2013

* RESEPI ~ KEK COKLAT LEMBAB/MOIST CHOCOLATE CAKE


Moist Chocolate Cake


KEK COKLAT/CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan
2. Serbuk koko ~ 1 cawan
3. Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 camca teh (10gram)
4. Telur ~ 2 biji 
5. Gula ~ 1 cawan
6. Air ~ 1 cawan
7. Susu pekat ~ 1 cawan
8. Minyak mazola ~ 1 cawan

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik 2-3 kali kemudian ketepikan.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan air dan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
5. Masukkan minyak dan kacau lagi.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan anda.
7. Kukus selama 45 min - 1 jam di atas periuk yang airnya sedang mendidih.

KRIM/SOS COKLAT (topping)

Bahan-bahannya:
1. Serbuk koko ~ 2 camca besar
2. Minyak mazola ~ Setengah cawan
3. Susu pekat ~ 1 tin
4. Susu cair ~ Setengah tin

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masak di atas api yang sederhana sambil dikacau sehingga pekat.
3. Tutup api dan biarkan 1 minit.
4. Tuangkan ke atas kek tadi dan ratakan.

HIASAN/GARNISH

Chocolate rice/chip/curls/grated ~ Taburkan di atas krim/sos tadi.

Nota:
Sekiranya anda menggunakan loyang, gunakan loyang bulat yang bersaiz 8 inci yang telah dilenserkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...