Friday, October 11, 2013

* TIP/PETUA ~ MENAJAMKAN MATA




Antara Petua Dan Ikhtiar Untuk Menajamkan Mata:
1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau.
4. Berpakaian bersih.
5. Sebaik bangun tidur waktu subuh, baca selawat 3X, ambil air liur di langit2 mulut dengan ibu jari, silangkan jari dan sapukan atas mata sambil membaca selawat.
6. Makan makanan yang ada vit A, vit C dan vit E.
7. Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari.
8. Gosok kedua tapak tangan hingga panas dan tekupkan atas mata selama 5 saat. Lakukan 3X.
9. Gerakkan mata 360 darjah, mengikut putaran jam dan sekali lagi melawan putaran jam.
10. Urut perlahan lahan di bahagian luar sekeliling mata dengan ibu jari.
11. Bila mata letih, pejamkan mata selama 3 minit.
12. Elak faktor yang boleh rosakkan mata - lampu neon, skrin komputer, habuk di persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, dll.
13. Tidur yang secukupnya untuk merehatkan mata.
14. Baca surah 4 Qul semasa basuh muka bila bangun pagi sambil mohon kepada Allah agar diterangkan mata sepanjang hayat.
15. Elak membaca waktu hampir senja.
16. Elak membaca sambil baring.
17. Elak tengok najis, kemaluan atau perkara lain yang ditegah.

Moga kita jaga pemberian Allah SWT yang amat berharga ini sebagai amanah dan moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Source: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Please CLICK HERE to view more TIPS.

~ Thank You ~

4 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...