Bunga segar, walaupun tidak kekal lama namun masih ramai yang suka menjadikannya sebagai hiasan di dalam rumah. Biasanya bunga-bunga ini hanya akan bertahan selama 3 hingga 4 hari. Hujung tangkainya akan menjadi semakin lembut dan tidak dapat menahan berat bunga, membuatkan bunga semakin menunduk dan kelopak pula akan mula gugur satu persatu. Jika disentuh pasti akan berderai semuanya... hehee...
Berbagai cara kita cuba lakukan agar bunga tetap segar dan tahan lebih lama. Ada yang menggantikan airnya dan memotong pangkal tangkai setiap hari. Ada yang mencampurkan garam dan arang ke dalam airnya dan berbagai lagi. Namun hasilnya kurang berkesan.
Di sini saya ingin kongsikan satu tip terbaik untuk bunga-bunga ini agar ia boleh bertahan selama 10 hingga 15 hari (bergantung pada kualiti bunga semasa anda membelinya) tanpa perlu kerap menukar air dan memotong pangkal tangkai.
Untuk pasu kecil dengan 4-5 tangkai bunga:
1. Masukkan setengah camca teh gula dan 2 cubit (atau ambil sedikit dengan hujung sudu kecil) serbuk penaik (baking powder) ke dalam 1 cawan air paip dan kacau hingga bahan-bahan tersebut larut kemudian tuangkan ke dalam pasu pilihan anda.
2. Potong tangkai bunga sesuai dengan ketinggian pasu dan buangkan sedikit daun-daunnya jika ia terlalu banyak juga yang telah rosak dan masukkan ke dalam pasu yang berisi air bancuhan gula dan serbuk penaik tadi.
3. Selepas 3 atau 4 hari barulah digantikan airnya, potong sedikit pangkalnya.
4. 'Spray'kan air bersih menggunakan 'sprayer' ke tangkai dan kelopak bunga dengan jarak 1 kaki, 2-3 kali sehari agar bunga akan lebih segar.
Pasti hasilnya memeranjatkan anda. Selamat mencuba!
Nota:
- Dengan cara ini bunga tidak perlukan terlalu banyak air, cukup sekadar pangkal tangkainya dapat mencecah air.
- Jika anda meletakkan bunga di bawah kipas yang sentiasa 'on', pastikan anda menambahkan airnya jika hampir kering.
~ Thank You ~
Assalam, salam ukhuwah dari bunda...
ReplyDeleteSeronok dengan bunga-bunga segar. Laa ni ada pulak bunga segar dari cameron yang boleh tahan berbulan-bulan...
ReplyDeleteBUNDA - Waalaikumussalam.. Salam ukhuwah juga buat anda.
ReplyDeleteZILA - Bukan selalu dapat gi Cameron... Beli bunga pun tuk terapi minda je sesekali....heee
follow dayat balik tau... insyaAllah allah balas baik atas pertolongan awak... thanks :)
ReplyDeleteTerima masih utk tips ini!!
ReplyDeletewww.mumnysayf.blogspot.com