Click image to view actual size
Hiasan kali ini lain sikit je....hee... Kita tukar 'selera mata' ke lapik meja batik dari Sarawak pula. Diperbuat dari fabrik kapas yang agak tebal dan mudah untuk dibentangkan serta tidak perlu digosok. Selepas dibasuh kita cuma perlu lipat elok-elok dan simpan dalam almari sebelum digunakan. Tapi dek kerana warnanya yang agak gelap dan bercorak padat, maka terpaksalah saya padankan dengan 'table runner' berwarna krim juga supaya meja tak nampak suram. Masih lagi dengan bunga kecil tu tapi kita letakkan dalam bakul rotan bertangkai pula. Jadi senang nak alihkan.
~ Thank You ~
Batik Sarawak mmg cantik.. mmg suka coraknya bukan shj di meja.. deco rumah pun cantik.. :)
ReplyDeleteSaya tak pandai menghias. :)
ReplyDelete