Friday, November 29, 2013

* PUJIAN DAN SANJUNGAN




MEMUJI DAN MENYANJUNG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA

Memberi puji-pujian itu, harus andai sesuatu atau seseorang itu memang selayaknya dipuji dengan niat kerana Allah dan untuk membuat orang yang dipuji berasa gembira dan dihargai kerana sesungguhnya, segala kebaikkan dan keindahan itu datangnya dari Allah dan seharusnyalah kita segera bersyukur dan memuji akan kebesaran-Nya. Namun kita tidak menyedari bahawa sebenarnya, puji-pujian juga mungkin bertukar menjadi satu kesalahan bila kita memuji seseorang atau sesuatu bukan pada tempatnya.

Sebagai contoh, memuji cara orang yang cantik dan kacak berpakaian tetapi mereka tidak menutup aurat dengan sempurna. Memuji nyanyian dan lakunan seseorang yang hebat tetapi nyanyian dan lakunan mereka adakalanya melanggar hukum agama. Memuji lagu-lagu yang sedap didengar kononnya tetapi agak melampau senikatanya sehingga kita sendiri pun tidak pasti apakah maksud yang tersirat dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan contoh.

Maka dengan itu, mari kita lebih berhati-hati ketika menyanjung dan memuji supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dimurkai Allah. Wallahualam.

"Sesungguhnya Allah s.w.t. murka apabila orang fasik dipuji."
~ HR: Baihaqi dan Ibnu Abiddunya

Fasik maksudnya:
Orang yang tidak mempedulikan perintah Allah atau orang yang melakukan dosa.

* Sekadar perkongsian dari saya yang kurang ilmu namun merasakan hal ini perlu untuk disampaikan. Andai ada kesilapan harap diperbetulkan.

~ Thank You ~

8 comments:

  1. Mmg betul tu kak Ozie.. kdg2 takut juga tersalah puji jadi berdosa pada diri sendiri.. astagfirullah.. T kasih diatas peringatan ini.

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahalazim :(
    ok ok i got it. Thank u so much aunty!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  3. Hehehehheeheh helo aunty qila dtg lagi heheeehehhehehe
    qila click click ;)

    ReplyDelete
  4. Salam kak Ozie, ..t.kasih menggigatkan., kadang kita lupa dan menyanjung mereka yg entah apa-apa. buat diri kita juga terpengaruh dgnnya.

    ReplyDelete
  5. Peringatan yang baik..Alhamdullilah..

    ReplyDelete
  6. ini buktinya hehehehe

    http://1.bp.blogspot.com/--eW748wlmSs/UprUv4FxkmI/AAAAAAAABhY/lT38AOwebR0/s320/cats.jpg

    ReplyDelete
  7. Btul juga tu kak zie, nak memuji pun kena bertempat juga, jangan benda yang salah pun nak dipuji.

    ReplyDelete
  8. Wanita suka dipuji. Memuji dah adat lelaki.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...