Monday, November 18, 2013

* RESIPI ~ KEROPOK/KEREPEK BAYAM




Bahan-bahan:
1. Daun bayam ~ 10-15 keping
2. Tepung beras ~ 3 camca besar (40g)
3. Telur ayam ~ 1 biji (Gred B)
4. Garam halus ~ Setengah camca kecil
5. Serbuk jintan manis ~ Setengah camca kecil
6. Serbuk kunyit ~ Suku camca kecil
7. Minyak masak ~ Secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Cuci daun bayam, tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.
3. Sementara itu, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, garam dan jintan manis ke dalam mangkuk dan kacau rata.
4. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati.
5. Ambil daun bayam dan celupkan ke dalam adunan tadi dan goreng sehingga garing.
6. Angkat, toskan dan hidang bersama nasi putih, nasi goreng atau boleh dimakan begitu saja bersama sos cili.

Jumlah hidangan:
2 orang

*Untuk yang tidak sukakan telur atau tak makan telur, anda boleh gunakan campuran tepung beras dan tepung gandum(sama banyak) dan bahan-bahan lain di atas dengan kandungan air secukupnya. Cuma sedikit cair dari bancuhan untuk membuat Pisang Goreng.

~ Thank You ~

3 comments:

  1. makan sambil tgk tv best ni...

    ReplyDelete
  2. Dah lama juga x makan ni, bila tengok baru teringat balik.. mmg sedap.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...