Tuesday, November 5, 2013

* SAJAK ~ ASPIRASI PENGHIJRAHAN




ASPIRASI PENGHIJRAHAN

Di setiap detik waktu
ku dambakan restu dariMu
dan dalam setiap doa yang ku bentang
ku mohon limpahan kasih sayang
agar teranglah jiwa dari gelap gelita
dan tenanglah hati dari kekalutan duniawi...

Di setiap langkah ini
ku mohon agar Engkau memberkati
moga perjuangan hijrahku kali ini
bukan hanya sebuah mimpi
lalu... di sepanjang perjalanan
ku bekalkan mustakim pengorbanan
dan sadik sebuah keikhlasan...

Dan di setiap hela nafas

tunjukkan rasa ihsan dan belas
justeru, turunkan aku hujan hidayahMu
hulurkan aku pelangi rahmatMu
kerana sesungguhnya tanpaMu
aspirasi hijrahku, bagaikan beradu
di atas hamparan semalu.....

By: Ozie Mahsa - 6th. September 2013

CLICK HERE to view more POEMS.

~ Thank You ~

7 comments:

  1. Hijrah mesti melibatkan satu perpindahan dari satu tempat yang penuh kesyirikkan dan kekufuran kepada tempat yg bebas dari kesyirikkan dan kelahiran agar Islam itu tersyiar..

    Inilah yg kita kena renungkan setiap tahun..Sejauh mana perkembangan kita sebagai ummat menyediakan diri utk Islam

    ReplyDelete
  2. moga hijrah ini sentiasa bersama redha Ilahi...

    ReplyDelete
  3. best lah sajak ni, memang hijrah perlukan pengorbaan tp kita dpt banyak pengalaman, pengalaman pula menjadikan kita lebih dewasa......

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH semua....semoga kita benar benar memahami akan erti hijrah yg sebenar...

    ReplyDelete
  5. sajak yang menarik kak zie, penuh dengan makna

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...