Ramai yang menggemarinya namun terkadang jemu dengan rasanya yang hampir sama setiap kali. Sebenarnya ada banyak cara untuk menjadikan telur dadar anda lebih sedap dan berbeza rasa selain dari menambah serbuk perasa yang tentunya tidak baik untuk kesihatan kita. Jom cuba!
Click image to view actual size
Telur dadar + Serbuk kunyit |
Caranya:
Pukul telur bersama bahan-bahan biasa seperti bawang, cili dan garam. Untuk rasa yang berbeza anda boleh masukkan bahan-bahan berikut berganti-ganti atau masukkan 2-3 bahan sekali dalam bancuhan telur dadar anda.
- Mayonis
- Jagung cream (dalam tin)
- Cheese diparut
- Serbuk kunyit
- Serbuk kari dan daun kari
- Kacang peas (dalam tin) dibuang airnya
- Kacang parang (dalam tin) ditapis dan dibuang sosnya
- Udang segar dicincang
- Cendawan (dalam tin) dicincang/hiris nipis
- Karot segar diparut
- Sosej dihiris nipis
- Daun kucai dipotong 1 inci
- Kobis bulat dihiris halus
- Tomato dihiris nipis
- Lobak asin dihiris
- Udang geragau
- Tauhu putih dipotong dadu (kecil)
Sila pilih salah satu dari bahan-bahan ini untuk telur dadar anda hari ini....
SELAMAT MENCUBA!
*Sekiranya anda ada idea atau bahan lain untuk dikongsi, sila kemukakan.
~ Thank You ~
*Sekiranya anda ada idea atau bahan lain untuk dikongsi, sila kemukakan.
~ Thank You ~
BAKAL DICUBA :)
ReplyDeleteSedapnyer nampak.. bakal dicuba nih
ReplyDeleteJom Terjah : Bunuh Filem Melayu!
salam ukhwah.. 1st time sampai blog ni..nak tanye sikit..cheese yang diparut tu pakai cheese apa ye...??? kalu pakai cheese yg org selalu buat burger tu boleh tak..??? terima kasih
ReplyDeleteDAYAT, KHALID...TQ...
ReplyDeleteMYCHERITA.. sebaiknya gunakan cheese yg digunakan pada Pizza tu... yg pada burger pun boleh kalau suka... potong jejari kecil dan taburkan kat telur.
waa...bole try ni. hehe
ReplyDeletenampak sdp je, ada kelainan, bleh try nnti......
ReplyDeleteMmg boleh cuba ni.. best. T kasih atas perkongsian kak Ozie.. :)
ReplyDeleteBuka blog akak ni, nampak makanan sini sana. Fuhhhh. Sungguh menggugat iman. Hehe.
ReplyDeleteTambah-tambah dah kembali ke kolej ni. Rindu masakan di rumah.
wah..macam-macam pilihan kan, taklah jemu..
ReplyDelete