Friday, November 1, 2013

* TIP ~ CARA PAMERKAN KASIH SAYANG KEPADA IBU

Untuk panduan kita bersama.

Gambar hiasan

ANTARA CARA PAMERKAN KASIH SAYANG KEPADA IBU

1. Sentiasa mendoakan ibu agar mendapat redha Allah.
2. Elak buat ibu menangis disebabkan sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sebab bahagia dan redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yang nak membakar anaknya!
3. Gembirakan hati ibu dengan memberi hadiah (sebarang benda yang ibu suka).
4. Setiap hari lahir anak yang dah dewasa, beri hadiah kepada ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jangan harap hadiah daripada ibu.
5. Bantu ibu daripada segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kepada adik beradik yang lain.
6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak macam dulu lagi. Orang tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit dan minta dimanja.
7. Elak bebani ibu dengan masalah kita.
8. Damaikan ibu dengan sesiapa yang beliau kecil hati.
9. Bawa ibu ke majlis ilmu.
10. Biayai ibu untuk tunaikan haji dan umrah. Pakat dengan adik beradik agar ringan beban kewangan.
11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kepada ibu.
12. Lakukan ibadah wakaf untuk ibu setakat kemampuan.
13. Jaga rahsia ibu dan elak permalukan ibu.
14. Lebihkan ibu daripada isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jangan terguris.
15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu.
16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mereka).
17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin.
18. Sentiasa mohon maaf daripada ibu, takut-takut ibu pergi dulu.
19. Tegur dan nasihati ibu dengan cara yang paling hikmah agar ibu tak kecil hati.
20. Jangan sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu.
21. Mohonlah izin dan doa daripada ibu sebelum bermusafir.
22. Sediakan telefon yang mesra pengguna untuk ibu. Masukkan software Quran yang jelas dan mudah untuk ibu baca.
23. Hubungkan ibu dengnn kawan-kawannya.
24. Eratkan hubungan dengan adik beradik agar IBU BAHAGIA.
25. Peka kepada "hajat" ibu yang sering tak terucap, sebab ibu tak mahu menyusahkan anak-anak.
26. Seboleh-bolehnya, carilah rumah berdekatan dengan rumah ibu.
27. Sentiasa ucap terima kasih kepada ibu.
28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kepada ibu.
29. Prihatin terhadap kesihatan ibu.
30. Banyak bersedekah atas nama ibu.
31. Yakinlah walau apapun khidmat yang kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU.

Ada beribu lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mempamerkan kasih sayang kita kepada ibu. Moga Allah Rahmati kita semua dan dapat berbakti kepada ibu hingga hujung nyawa. Aameen, wassalam.

By: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

~ Thank You ~

3 comments:

  1. wahh... nice sharing :) thanks for the information

    ReplyDelete
  2. benar belaka ... semoga anak lelaki melakukan yg terbaik buat ibunya ...

    ReplyDelete
  3. menginsafkan, panduan yang baik, harap dapat mengamalkannya

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...