Sunday, November 17, 2013

* TIP/PETUA ~ MENGHILANGKAN RASA PEDAS/KEPEDASAN




Makan makanan yang pedas itu, harus bagi kebanyakkan orang. Tanpa rasa pedas, makanan kurang menyelerakan... katanya. Tapi adakalanya makanan yang dimasak terlalu pedas atau mungkin tanpa disengajakan kita termakan atau tergigit cili padi ketika menjamah makanan kegemaran kita. Dalam 'menggelupur' kepedasan dan kepanasan, kita pun minum air sebanyak mungkin. Tapi bila dah minum terlalu banyak air, kita pun kekenyangan dan tak mampu lagi nak menghabiskan makanan yang masih tinggal. Petua orang lama pula, kulum gula pasir di dalam mulut untuk mengurangkan rasa pedas dan panas.

Pada saya, cara yang paling berkesan, anda cuma perlu ambil air sejuk dalam botol dari peti sejuk (tanpa ketulan ais), masukkan ke dalam mulut (jangan telan) dan biarkan beberapa saat dan luahkan. Lakukan atau ulang beberapa kali sehingga rasa pedas itu berkurangan. Mudah kan? Selamat mencuba!

p/s:
- Pastikan air sejuk sentiasa ada dalam simpanan. Jika tidak, jawab sendiri... hee....
- Jika anda ada cara lain sila nyatakan agar dapat dikongsikan bersama.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. mcm tu kaaa...
    sy selalu kulum ketul ais jaa..
    hehehehee...

    ReplyDelete
  2. mudah jer . saya suka pedas ...

    ReplyDelete
  3. Sy suka pedas.. tp klu terlalu pedas pun x tahan jugak. Suka pedas sedang2 je.. T kasih diatas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  4. Saya selalunya memang akan berkumur dengan air paip. Tak guna pula air sejuk. hehe.Tak pun, saya terus makan gula-gula.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...