Thursday, December 19, 2013

* RECIPE/RESIPI ~ CHOCOLATE OATMEAL COOKIES

Menu berkhasiat untuk sarapan.

Click image to view actual size



CHOCOLATE OATMEAL COOKIES

Bahan-bahan:
1. Tepung gandum ~ 1 cawan
2. Soda bikarbonat/serbuk penaik ~ 1 camca kecil (5g)
3. Serbuk koko ~ 3 camca besar
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Marjerin ~ 1 cawan
6. Gula perang ~ 1 cawan atau ikut manis
7. Telur ~ 1 biji dipukul sedikit
8. Oat ~ 4 cawan
9. Kacang badam ~ 1 cawan dipanggang dan dicincang kasar
10. Cip coklat/coklat urai ~ Setengah cawan

Cara membuatnya:
1. Goreng oat tanpa minyak dalam kuali sehingga kering dan ringan sedikit (tapi jangan sampai kekuningan), ketepikan.
2. Ayak bahan 1,2,3 dan 4 ke dalam bekas kemudian ketepikan.
3. Dalam bekas lain, pukul marjerin dan gula hingga kembang dan berkrim kemudian masukkan telur dan pukul lagi sebentar.
4. Masukkan bahan yang diayak, gaul sebati.
5. Masukkan oat sedikit demi sedikit, gaul rata.
6. Masukkan kacang dan coklat chip, gaul lagi.
7. Dengan menggunakan garpu, bentukkan ikut suka dan letak di atas loyang pembakar yang telah disapukan sedikit marjerin.
8. Bakar dalam oven dengan suhu 160c sehingga bahagian bawah kekuningan.
9. Angkat dan ketepikan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Jumlah hidangan:
40 keping saiz sederhana

Nota:
- Bahagian atas biskut ini memang agak lembut ketika masih panas walaupun bahagian bawah telah kekuningan. Ia akan keras sepenuhnya apabila biskut telah sejuk.
- Gunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang lebih sedap.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. tak yah beli biskut kan,kita buat sendiri lg bagus

    ReplyDelete
  2. hujan2 nih ada kudapan camni memang best .

    ReplyDelete
  3. Bagus cookies mcm ni, resepinya pun dari bahan2 yg menyihatkan. T kasih diatas perkongsian kak..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...