Tuesday, December 3, 2013

* RECIPE/RESIPI ~ ORANGE PANCAKE/LEMPENG OREN (SUNQUICK)

Click image to view actual size




Bahan-bahannya:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan
2. Gula pasir ~ 1/2 (setengah) cawan
3. Baking powder ~ 1 camca kecil
4. Telur ~ 1 biji
5. Marjerin/minyak jagung ~ 2 camca besar
6. Pati oren Sunquick ~ 2 camca besar
7. Garam halus ~ Secubit
8. Susu segar/air ~ Lebih kurang 1 cawan

Cara membuatnya:
1- Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas kecuali susu/air. Gaul rata.
2- Masukkan susu/air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3- Panaskan kuali dengan api yang kecil dan sapukan sedikit minyak (1-2 titis).
4- Tuangkan bancuhan mengikut jumlah dan saiz yang anda kehendaki, ke dalam kuali dan tutup kuali segera dengan penutup kuali atau periuk.
5- Bila bahagian bawah kelihatan kekuningan dan bahagian atas telah pun masak (tanpa perlu terbalikkan), angkat dan ulangi proses sehingga bancuhan tadi habis.
6- Hidangkan bersama peanut butter atau apa saja yang anda suka.

Jumlah hidangan:
10 keping saiz sederhana

Nota:
- Sukatan susu/air mungkin bergantung kepada jenis tepung dan saiz telur yang anda guna.
- Minyak yang berlebihan dalam kuali ketika memasak hanya akan membuat Pan Kek mudah hangus.

 ~ Thank You ~

8 comments:

  1. wah2 kak nmpk lembut jer..enak tu

    ReplyDelete
  2. Wahh.. makan panas2 smbil menonton tv ni x sedar berapa keping dah telan.. best. Thanks sharing kak.. :)

    ReplyDelete
  3. wow. sedapnyaaaaaaaa naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  4. singgah sini.. nampak sedap dan lembut.

    ReplyDelete
  5. Lempeng..kegemaran..boleh buat rasa oren eh..kna try ni..sllu mkn lmpeng kosong je ni..:)tima ksih kngsi resipi kak..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...Kak zie..rindu kak zie..lamanya saya tak menyinggah sini..BTW, penkek akak ni nampak gebunya..mesti sedap

    ReplyDelete
  7. Oo.lupa..sya folo blog akk..sbb sya sukakn makanna dan blog akk byk makanan.hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...