Saturday, December 21, 2013

* RESIPI/RECIPE ~ PUDING ROTI BUTTER PISANG

Menu berkhasiat dan mengenyangkan yang ringkas untuk sarapan pagi, minum petang atau sebagai pencuci mulut.

Click image to view actual size


Bahan-bahan:
1. Roti putih ~ 4 keping
2. Telur ~ 3 biji 
3. Butter/marjerin ~ 2 camca besar
4. Gula perang/gula pasir ~ Setengah cawan
5. Susu segar ~ 1 cawan
6. Pisang berangan ~ 2 biji dipotong bulat
7. Kismis hitam ~ Sedikit untuk hiasan (jika suka)

Cara membuatnya:
1. Sapu/lenserkan minyak atau marjerin pada loyang pembakar segi empat berukuran 8 inci.
2. Susun roti agar memenuhi ruang loyang, ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul butter/marjerin bersama gula hingga sedikit putih dan kembang.
4. Masukkan telur dan susu, pukul lagi hingga sebati.
5. Tuangkan bancuhan di atas roti tadi sehingga tertutup semua permukaan roti.
6. Taburkan pisang dan kismis di atasnya dan bakar dengan suhu 160c lebih kurang 30 minit atau sehingga masak dan bahagian atas keperangan.
7. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Saiz hidangan:
3-4 orang

Nota:
- Sekiranya anda mengunakkan loyang bulat, potong-potong atau koyakkan roti menjadi kecil sedikit supaya mudah disusun.
- Sekiranya anda menggunakan butter tanpa garam, campurkan sedikit garam halus (jika suka) semasa proses ke 3 atau 4.
- Boleh dimakan begitu saja atau bersama krim kastad/coklat.
- Boleh juga disimpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

~ Thank You ~

7 comments:

  1. rajinnya kak..mcm2 resepi baru,nor x pernah mkn lagi..t/kasih kongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. sedapnya....anak-anak saya suka pisang kak zie..

    ReplyDelete
  3. yummy..tu wajib saya follow ni..sbb resepi yang simple tp sedap mata memandang ...rajin kak...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...