Friday, December 20, 2013

* RESIPI/RECIPE ~ TAT KELAPA/COCONUT TART

Click images to view actual size



Bahan-bahan untuk kulit tat (pastri):
1. Butter/marjerin ~ 180 g
2. Gula icing ~ 80 g
3. Esen vanila ~ Suku camca kecil (jika suka)
4. Telur ~ 1 biji
5. Tepung gandum ~ 300 g
6. Susu tepung ~ 20 g

Cara membuat pastri:
1. Ayak tepung gandum dan susu tepung, ketepikan.
2. Dalam bekas lain, pukul marjerin dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen yang telah dikacau bersama.
4. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul dan uli hingga sebati. Jika anda rasa doh terlalu lembut, boleh campurkan suku cawan tepung lagi. Rehatkan dalam peti sejuk sebentar lebih kurang 10-15 minit.
5. Canai nipis, letakkan di atas acuan tat dan potong bahagian tepi yang berbaki. Cucuk di bahagian tengah dengan garpu agar pastri masak dengan sempurna.
6. Bakar dengan suhu 160c selama 10-15 minit atau sehingga masak tapi jangan sampai kekuningan.
7. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Bahan-bahan untuk inti kelapa:
1. Kelapa parut muda (putih sahaja) ~ 2 cawan
2. Gula perang/pasir ~ Tiga per empat cawan
3. Marjerin/butter ~ 3 camca besar
4. Telur ~ 1 biji
5. Esen vanila ~ Suku camca teh (jika suka)

Cara membuatnya:
1. Gaulkan kesemua bahan dalam bekas dan kacau hingga rata.
2. Masukkan inti dalam kulit tat dan bakar lebih kurang 10 minit atau sehingga bahagian inti nampak sedikit kekuningan.
3. Keluarkan dari oven dan siap untuk dihidangkan.

Jumlah hidangan:
Lebih kurang 20 biji saiz sederhana

Nota:
Semasa proses memasak inti, saya guna api sebelah bawah (electric oven) seperti memasak pastri juga, tapi saya buka api sebelah atas sebentar sehingga inti nampak sedikit kekuningan kemudian tutup semula. Jika anda gunakan api sebelah bawah sahaja, mungkin bahagian pastri akan hangus sebelum bahagian atas kekuningan.



~ Thank You ~

5 comments:

  1. Yummy
    Walau blm penah mkn tart ni
    Tqq share resepi, msk list dulu he hee

    ReplyDelete
  2. wah, i never heard of this before hehhheh looks nyum :3

    ReplyDelete
  3. Mcm sedap ni.. mmg belum pernah merasa tat kelapa lagi.. bestnya...

    ReplyDelete
  4. wahhh,,lain dari yang lain tartnya..nampak sedap juga

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...