Sunday, January 26, 2014

* CERITERA ALAM ~ KETAGIH MEE SEGERA?


Image by Google

Seringkali kita didedahkan atau diingatkan tentang 'khasiat' mee segera yang meragukan dan tidak elok untuk dimakan, namun kita masih juga mahu menikmatinya walaupun tidaklah terlalu kerap. Mungkin kerana kesuntukan masa untuk memasak, maka mee segera juga yang menjadi pilihan atau mungkin memang ada yang gemar sangat dengan makanan segera yang popular ni. Kalau anda tanya saya, memang jarang sekali saya makan mee segera ni. Kalau teringin sangat barulah saya makan itu pun setengah peket saja. Tak kiralah jenama apa. Pada saya, taklah sedap mana pun.

Apa yang 'menakutkan', ramai kanak-kanak yang suka sangat makan mee segera ni sampai ada yang sanggup curi-curi membeli tanpa pengetahuan ibubapa mereka. Mungkin pada mereka, sedap sangat kot mee segera tu...hehee.... Saya pernah dengar dan lihat ada kanak-kanak yang 'ketagih' dengan mee segera ni sehingga hampir setiap hari mee segera menjadi hidangan 'wajib' dalam menu makanan hariannya. Dahsyat kan...hee... 

Bagi yang suka sangat makan mee segera, dan susah nak 'lupakan' tapi nak juga makan, apa kata kalau anda cuba mee segera Zahra' di bawah ni. Ia agak berbeza dari yang lainnya. Mee segera ini apa yang pastinya, ia buatan Muslim dan rasanya memang enak dan dikatakan mengandungi khasiat Za'faran. Kesahihan akan khasiat mee segera ini tidaklah dapat saya perjelaskan sebab bukan saya yang membuatnya...hehee.... Anda buatlah kajian sendiri ya....

Tapi saya pasti, sekali anda mencubanya, tentu anda akan 'lupakan yang lain'. Walau bagaimana pun harganya mungkin lebih tinggi sedikit berbanding mee segera yang biasa. Tapi berbaloi dari segi rasa dan khasiatnya mungkin. Saya yang tidak berapa suka makan mee segera pun, mengakui akan kesedapan mee segera Zahra' ini.... Kalau tak percaya anda boleh cari dan mencubanya sendiri. Saya sendiri pernah mencuba yang berperisa Kari. Memang macam mee kari sebenar rasanya. Tapi ini cadangan saya saja tau... Bukan nak menggalakkan ya.... Tepuk dada tanya hati dan selera...

Mee segera Zahra'

* Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut mengenai kandungan yang terdapat di dalam kebanyakan Mee segera.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. klau makan megi rendam air panas tu mesti pastu ayu sakit pale.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. stok mee segera memang wajib ada kat rumah bujang..tp x makan selalu la..sebungkus pack besar tu...tahan sebulan...hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya kurang minat mee segera.. time bujang pun klu bajet kurang makan je nasi dgn telur kicap hehee.. T kasih diatas perkongsian ye kak Ozie.. :)

    ReplyDelete

  4. Olá amiga,obrigada pela visitinha!!!Amo sua atenção!!!
    Volte sempre!!!

    Beijos, Marie.

    ReplyDelete
  5. AYU- Lagi tak sedap kalau rendam dengan air panas je...
    AMANDA- Cuba kurangkan lagi..hehee..
    K.K- Hmm... Telur goreng lagi berkhasiatkan?
    MARIE- Thank you for visiting me too...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...