Wednesday, January 29, 2014

* TIP/PANDUAN ~ MENGEMAS DAN MENJAGA PERALATAN RUMAH BHG. 3

Berikut adalah diantara panduan ringkas yang mungkin lebih praktikal dan berguna untuk kita semua terutamanya kepada mereka yang belum dan bakal mendirikan rumahtangga, dalam melaksanakan tugas-tugas harian di rumah.




MEMBASUH PAKAIAN
1. Basuh pakaian mengikut jenis secara bergilir. Bukan dengan mencampurkan kesemua pakaian dalam mesen pada satu masa. Contoh, cuci baju, kemudian seluar atau tuala sahaja secara berperingkat. Ini untuk mengelakkan pakaian dari rosak atau banyak bulu-bulu yang melekat. Kerana pakaian seperti seluar lelaki dan baju dalam wanita biasanya mempunyai cangkuk. Tuala pula akan meninggalkan bulu-bulu yang mungkin melekat pada pakaian lain.

2. Jika perlu asingkan pula warna yang gelap dan yang cerah untuk mengelakkan dari terkena lekatan warna dari pakaian yang 'turun warna' atau luntur (biasanya yang berwarna gelap).

MENJAGA BARANGAN ELEKTRIK
1. Letakkan pelapik atau penutup khas di atas peralatan elektrik seperti peti sejuk, untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja pembersihan selain dari menjaga permukaan dari mudah rosak dan berkarat. Ini kerana, peralatan di dapur biasanya mempunyai kesan habuk bercampur minyak yang sukar dibersihkan walaupun anda menggunakan hud dapur/kitchen hood.

2. Pastikan peralatan seperti pembakar roti juga ditutup bagi mengelak dimasuki kotoran, habuk atau serangga perosak. Dengan cara menutup, anda tidak perlu sering mengelap peralatan elektrik apalagi di bahagian-bahagian yang sukar. Anda cuma perlu cuci kain penutup bila perlu dan ini akan membuat permukaan barangan elektrik anda sentiasa nampak baharu.

MENJAGA BALANG DAN BEKAS-BEKAS MAKANAN
Cuci dan lap bekas atau balang-balang makanan seperti bekas-bekas biskut, tepung, gula-gula, ikan bilis dan sebagainya, sebaik saja isinya habis. Bekas-bekas yang disimpan dalam keadaan kotor akan mengundang bau yang kurang enak dan mungkin menyebabkan tindak balas kimia yang akan merosakkan bekas-bekas tersebut terutama yang kurang kualitinya.

MENGEMAS PETI SEJUK
1. Pastikan kesemua bahan mentah dan makanan yang telah dimasak ditutup dengan rapi dan sempurna sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

2. Selalu periksa peti sejuk untuk membuang makanan yang telah rosak dan tamat tarikh luputnya. Makanan yang rosak akan menyebabkan peti sejuk anda mengeluarkan bau yang kurang enak.

MENGEMAS PINGGAN MANGKUK
1. Cuci segera pinggan mangkuk yang kotor sebaik saja selesai makan supaya bekas sisa-sisa makanan tidak kering kerana ini akan membuatkan pinggan mangkuk lebih sukar dibersihkan dan mungkin memakan masa yang lama untuk membersihkannya kerana anda terpaksa merendamnya terlebih dulu. Selain itu, pinggan mangkuk yang lambat dicuci akan mengundang bakteria yang akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Jika anda terpaksa tinggalkan dulu pinggan-pinggan yang kotor di dalam singki, buangkan sisa-sisa makanan ke dalam tong sampah dan jiruskan pinggan-pinggan tersebut dengan sedikit air agar kekotoran tidak kering dan mudah untuk anda mencucinya kemudian.

3. Mulakan cucian dengan mencuci gelas dan cawan terlebih dulu, kemudian sudu dan garfu, pinggan dan mangkuk dan akhir sekali periuk dan kuali. 

4. Sebaiknya lap pinggan mangkuk yang telah dibasuh sehingga kering sebelum disimpan agar tiada habuk yang melekat.

MENGEMAS PAKAIAN DALAM, ANAK TUDUNG DAN STOKIN
Simpan *seluar dalam, *anak tudung dan *stokin anda dalam bentuk gulungan sebelum meletakkannya ke dalam laci/drawer. Ini lebih mudah untuk anda memilih dan mengambilnya berbanding dengan cara melipat. Terutamanya kepunyaan anak-anak anda yang biasanya akan diambil dengan cara menarik sahaja mana yang mereka suka.

*Cara melipat (menggulung) seluar dalam
Pegang dan ratakan seluar dalam dengan bahagian pinggannya ke atas, di atas permukaan lantai atau tempat anda melipat pakaian. Lipat bahagian tepi (kiri dan kanan) ke tengah agar berbentuk panjang. Lipat bahagian atas (hujung pinggang) lebih kurang 3 inci menghala ke bawah. Gulung pula hujung sebelah bawah dan masukkan/selitkan pada bahagian pinggang yang berlipat tadi dan kemaskan.

*Cara melipat (menggulung) stokin
Satukan kedua dua belah stokin dalam keadaan rata dan gulungkan dari bawah bahagian bawah keatas dan terbalikkan agar bahagian yang bergulung berada di bahagian dalam, atas stokin.

*Cara melipat (menggulung) anak tudung
Hampir sama seperti cara melipat seluar dalam.

Click image to view actual size

Anak tudung yang telah siap dilipat

Sila klik di sini untuk demo cara melipat anak tudung.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. betul ozie, kak ruby memang amalkan seperti apa yg tertulis di atas ozie......

    ReplyDelete
  2. Saya mmg suka mengemas peti sejuk.. tiap2 ahad pagi pasti sy kemaskan sbb saya mmg suka fridge bersih je.. :D

    ReplyDelete
  3. Oh nice, such a great tips. Might be helpful for someone who wish to clean his house but always have laziness to do so >.<

    ReplyDelete
  4. suka sangat dengan tips tips dari blog akak

    ReplyDelete
  5. akak.. demo sikit cara lipat suar dalam tu..berminat tp tak paham camna.. tq

    ReplyDelete
  6. Anonymous....berat sikit nak tunjuk..hihi... cuba check kat google...ada cara yg hampir sama.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...