Tuesday, February 4, 2014

* RECIPE/RESIPI ~ PANCAKE JAGUNG LEMAK MANIS




Bahan-bahannya:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan
2. Garam halus ~ Suku camca kecil
3. Baking powder ~ 1 camca kecil
4. Susu pekat manis ~ Setengah cawan atau ikut manis
5. Telur ~ 1 biji
6. Minyak jagung ~ Setengah cawan
7. Jagung krim (dalam tin) ~ Setengah cawan atau lebih sedikit
8. Air ~ Lebih kurang 1 cawan

Cara membuatnya:
1- Satukan kesemua bahan ke dalam bekas atau jag plastik satu persatu bermula dengan bahan kering dan kacau sehingga rata, menggunakan egg beater/pemukul telur.
2- Panaskan kuali dengan api yang kecil dan sapukan sedikit minyak (1-2 titis).
3- Tuangkan bancuhan mengikut jumlah dan saiz yang anda kehendaki, ke dalam kuali dan tutup kuali segera dengan penutup kuali atau periuk.
4- Bila bahagian bawah kelihatan kekuningan dan bahagian atas telah pun masak (tanpa perlu terbalikkan), angkat dan ulangi proses sehingga bancuhan tadi habis.

Jumlah hidangan:
10 keping saiz sederhana


~ Thank You ~

7 comments:

  1. selalu buat pankek tapi tak terfikir lak nak letak susu manis . thanks share ...

    ReplyDelete
  2. Wow.. mmg best ni. Tambahan ada jagung lagi sedap.. lapar pulak tengok ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Just tried Lempeng jagung last week, I bet pancakes Jagung would be better ^^

    ReplyDelete
  4. gebunya...sedap dinimun bersama teh o panas2...

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat,

    bunda selalu gak buat pan kek tapi tak letak jagung...nanti nak try yang ni...terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Akak sihat ke? lama saya tak singgah blogwalking..kemana-mana blog pun...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...