Tiada lain yang dapat membahagiakan dan menggembirakan hati seorang isteri dan ibu melainkan ketika dia berasa dirinya disayangi dan dihargai. Jika dia dapat merasainya nescaya tugas-tugas berat yang dilakukannya saban hari itu akan menjadi ringan dan tidak rasa membebankan. Tahu bagaimana cara nak buat agar isteri/ibu anda rasa disayangi dan dihargai? Antaranya, bantulah dia melaksanakan tugas-tugasnya yang banyak dah tak pernah habis-habis tu.... Paling tidak pun anda boleh lakukan perkara-perkara yang di bawah ini. Jom baca dulu.....
1. Selepas selesai menonton televisyen atau bermain computer dan gadget-gadget kecil yang lain, pastikan anda simpan semula 'remote', tetikus atau apa saja di tempat yang sesuai atau di tempat yang telah isteri/ibu anda sediakan. Jangan lupa matikan 'plug'nya sekali. Jangan biarkan aje barang-barang tu di atas lantai, sofa atau kerusi.
2. Kalau duduk di sofa, duduklah elok-elok. Jangan sepah-sepahkan mini kusyen yang isteri/ibu anda letakkan di sofa dan jangan letak kaki atas meja sampai melekat kesan tapak kaki anda di situ. Penat isteri/ibu anda lap dan kilatkan meja tu.
3. Kalau gunakan bilik air, pastikan sebelum keluar anda dah tutupkan kepala paip dengan betul dan letak atau susun semula barang-barang yang anda guna seperti bekas sabun, syampu dan ubat gigi. Ringankan tangan tu untuk flush tandas dan tutup semula mangkuk tandas. Dan jangan lupa tutup pintu bilik air dan kesat kaki dulu sebelum keluar.
4. Bila bangun dari tidur, pastikan anda kemaskan tempat tidur dulu, paling tidak pun lipatlah selimut sendiri.
5. Kalau setakat nak minum air masak tu, ambil aje sendiri. Jangan main order je sambil duduk di kerusi. Jangan lupa basuh gelas tu sekali.
6. Lepas makan jangan terus bangun dan pergi. Bantu isteri/ibu anda untuk kemaskan meja. Sekurang-kurangnya hantar pinggan dan gelas sendiri ke singki.
7. Jangan sepah-sepahkan pakaian kotor anda di merata tempat. Masukkan ke dalam bakul pakaian kotor yang isteri/ibu anda sediakan.
8. Kalau gunakan barang-barang kecil seperti pengetip kuku, pencungkil gigi, putik kapas dan sebagainya, simpan semula di tempat asalnya. Jangan letak ikut suka.
9. Setiap kali pulang ke rumah, tak kiralah dari manapun, simpan kasut yang anda pakai ke dalam kabinet kasut. Jangan letakkan merata-rata. Ini akan buat isteri/ibu anda sakit mata. Begitu juga dengan barang-barang yang anda bawa bersama seperti bag, fail, telefon bimbit, jam tangan dan sebagainya. Jangan suka-suka nak letak di atas peti televisyen, di meja makan, meja kopi dan dimana-mana. Pastikan barang-barang tu terus disimpan di tempat yang sepatutnya.
9. Setiap kali pulang ke rumah, tak kiralah dari manapun, simpan kasut yang anda pakai ke dalam kabinet kasut. Jangan letakkan merata-rata. Ini akan buat isteri/ibu anda sakit mata. Begitu juga dengan barang-barang yang anda bawa bersama seperti bag, fail, telefon bimbit, jam tangan dan sebagainya. Jangan suka-suka nak letak di atas peti televisyen, di meja makan, meja kopi dan dimana-mana. Pastikan barang-barang tu terus disimpan di tempat yang sepatutnya.
10. Kalau makan makanan ringan, jangan duduk merata-rata dan biarkan makanan tu berterabur di atas lantai. Kutip balik dan buang sekali bungkusannya.
11. Selepas menggunakan tuala mandi atau tuala tangan, letakkan semula tuala-tuala tu pada penyangkutnya. Jangan main sangkut je kat mana-mana.
12. Kalau dah selesai membaca buku-buku atau suratkhabar, susun semula di tempat asalnya. Jangan tinggalkan begitu saja di atas meja atau di atas sofa.
13. Kalau anda tumpahkan minuman atau jatuhkan makanan, di atas meja atau lantai, segera lap dan bersihkan sisa-sisa kotoran tu. Jangan harap isteri/ibu anda yang lakukannya untuk anda.
12. Kalau dah selesai membaca buku-buku atau suratkhabar, susun semula di tempat asalnya. Jangan tinggalkan begitu saja di atas meja atau di atas sofa.
13. Kalau anda tumpahkan minuman atau jatuhkan makanan, di atas meja atau lantai, segera lap dan bersihkan sisa-sisa kotoran tu. Jangan harap isteri/ibu anda yang lakukannya untuk anda.
Nah! Kalau anda boleh lakukan semua ini secara berterusan, nescaya isteri/ibu anda akan tersenyum bahagia serta berbangga dengan anda kerana telah membantu meringankan tugas-tugasnya. Tak perlu lagi nak menjerit atau terpekik. Dan pastinya dia akan semakin sihat dan bertambah cantik ...hehee...
Hmm.... Semua tu hanyalah sekadar panduan. Jika anda melakukannya, bererti anda memang seorang suami/anak yang baik dan penyayang.
* Suasana dan persekitaran rumah yang bersih dan kemas mampu melahirkan ketenangan jiwa.
SALAM BAHAGIA!
Hmm.... Semua tu hanyalah sekadar panduan. Jika anda melakukannya, bererti anda memang seorang suami/anak yang baik dan penyayang.
* Suasana dan persekitaran rumah yang bersih dan kemas mampu melahirkan ketenangan jiwa.
SALAM BAHAGIA!
~ Thank You ~
semua org nak kan rumahnya sentiasa kemas aka tak larat nak sentiasa mengemas kan !
ReplyDeleteIn shaa Allah.. tanggungjawab perlu sentiasa dijalankan dgn penuh keperihatinan.. t kasih diatas perkongsian kak Ozie.. :)
ReplyDeletesetuju..sekurang-kurangnya dapat membantu kita jalankan kehidupan seharian..
ReplyDeleteAgree with this, we live in the same house together so each of us have to be rensponsible in keeping the house clean and neat ^^
ReplyDeleteAssalam...singgah menjenguk tuan rumah....byk infor kat cini...insyaallah nanti dtg lagi...:)
ReplyDeleteIni namanya kesedaran sivik..memang elok sangat kalau di ajar anak-anak praktis, supaya kalau dia kahwin nanti, isterinya akan menghargai dia (bagi anak lelaki)
ReplyDeleteterima kasih atas nasihat ini. insyaallah akan lakukan setiap hari untuk meringankan bebanan mereka tidak kira lah samada ibu ataupun isteri.
ReplyDeleteHidup dengan manusia macam ni, memang aman la rumah. Abang saya manusia yang hati perut letak kat mana taktau. Dah minum, terapkan semula cawan yang tak berbasuh pada rak pinggan. Kadang pakai kasut dalam rumah. Pintu bilik letak stopper, masuk je dia stopper pun terpelanting tempat lain. Suka biar benda bersepah. Alas kaki dapur senget, padahal saya susun straight. Paip sinki pun terteleng2. Bilik air langsung tak nak cuci. Kononnya geli. Gila! Seluar dalam sampai berbulan tak tukar. Makan tak basuh tangan langsung. Dah la sentuh segala benda. Kalau basuh pun dia lap dekat tuala mandi. Gila!!! Tuala yang kita guna lap badan... Kadang hingus pun salat pada tuala tu. Bersin tak penahnya tutup mulut. Bayangkan?!!! Dah tu boleh pulak ketuk ais buat minum dengan tangan macam tu...bagi orang minum. Saya dah kena. Saya tegur, dia kata saya kalut. Alasan dia, kat luar pun kotor jugak, boleh je makan. Sakit hati saya... Kadang nak lempang je muka tu. Biadap sungguh. Ego dah melangit. Kalau saya boleh tukar dia jadi katak, dah lama saya buat. Berdosa besar ke nak tinggal dalam rumah yang bersih dan selesa sampai kena buat macam tu... Macam tak bermaruah pun ada... Belajar tinggi2.
ReplyDeleteTerima kasih semua... Memang merimaskan kalau berurusan dengan orang yang tak pandai menjaga kebersihan ni. Kebersihan rumah tu satu hal..yang tak tahan bila kebersihan diri pun diabaikan... Aduh...bau badan tu yg paling menyakitkan hati...hihii...
ReplyDelete