BAGAIMANA MENDORONG DIRI AGAR LEBIH RAJIN MENUNAIKAN SOLAT
Antaranya:
1. Sentiasa bersedia dan menyiapkan keperluan keluarga dan diri agar kita berasa lebih selesa, bersemangat dan ikhlas ketika menunaikan solat samada di rumah, Surau atau pun Masjid. Jika kita boleh bersedia lebih awal dan menyiapkan segalanya sebelum kita hendak keluar bersuka-suka, bercuti dan sebagainya, mengapa tidak di saat kita mahu melakukan solat yang wajib dan lebih mendatangkan kebaikkan kepada kita.
2. Sediakan tempat solat yang selesa, bersih dan lengkap di rumah. Kalau berkemampuan, sediakan bilik kecil (mini surau) khas untuk bersolat siap dengan permaidani, kipas atau penyaman udara, rak untuk meletak al-Quran dan sebagainya, pengudaraan yang baik dan cahaya yang cukup serta sediakan produk penyegar udara jika perlu. Kalau kita mampu menyediakan ruang tamu yang serba lengkap dengan perabut dan hiasan lainnya hanya untuk meraikan kehadiran tetamu, mengapa tidak untuk ruang solat kita yang kecil cuma. Sekurang-kurangnya sediakan satu sudut khas yang lengkap dengan keperluan solat, di rumah kita.
3. Pakailah telekung atau pakaian yang selesa ketika bersolat. Sekiranya mampu, carilah telekung atau pakaian yang cantik, berkualiti dan selesa dipakai. Pilih warna lembut yang kita suka dengan corak yang sederhana. Kalau kita sanggup menghabiskan wang ratusan ringgit untuk membeli pakaian buat bertemu rakan-rakan di majlis-majlis tertentu, mengapa tidak begitu di saat kita hendak mengadap Allah Yang Satu.
4. Ajaklah isteri/suami, anak-anak atau ahli keluarga yang lain untuk berjemaah bersama bagi mendorong diri lebih rajin bersolat disamping dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni dan ceria. Kalau kita boleh mengajak orang lain untuk sama-sama berhibur, mengapa tidak kita mengajak orang lain untuk sama-sama melakukan ibadah solat.
Wallahu'lam.
IKHLASKAN HATI, SUCIKAN DIRI.
Sila kongsikan post ini jika anda rasakan ia baik, sila berikan teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
~ Thank You ~
buat peraturan ... bila azan jer , semua org mesti solat ... insha Allah .
ReplyDeletein shaa Allah..kak ozie akan laksanakan terima kasih tips ...:)
ReplyDeleteIn shaa Allah... t kasih atas peringatan & perkongsian ini kak Ozie.. :)
ReplyDeleteTq.. Sangat bermanfaat..
ReplyDelete