Saturday, May 31, 2014

* CERITERA ALAM ~ FENOMENA KONGSI DAN SEBAR




Hampir setiap kali menonton di kaca televisyen, kita akan dikejutkan dengan pelbagai maklumat atau berita mengenai kejadian ngeri seperti pembunuhan, kemalangan, penculikan dan sebagainya. Tidak cukup setakat itu, maklumat dan berita-berita tersebut akan tersebar dengan lebih meluas lagi dikebanyakkan laman-laman sosial malah caranya lebih agresif berbanding apa yang kita lihat di kaca televisyen sebelumnya. Gambar-gambar yang ngeri dan mengaibkan dari kejadian-kejadian yang berlaku jelas terpampang di hadapan mata kita. Kadang terkejut dan fobia kita dibuatnya. Hampir tak lalu nak makan bila teringat apa yang telah kita lihat. 

Memang bukan masalah besar bagi sesetengah orang, tapi fikirkan dan cubalah fahami sensitiviti sesetengah orang lain pula. Kita ada sahabat yang mungkin masih trauma dengan kejadian lampau atau ibu-ibu yang sedang hamil contohnya. Atau mungkin dikalangan sahabat-sahabat laman sosial kita itu, ada orang yang paling hampir dengan keluarga mangsa. Nah! Bayangkan perasaan mereka. 


Kenyataan yang serupa saya bentangkan di laman-laman web peribadi milik saya. Tampil beberapa orang yang kebetulan menjadi mangsa 'sebaran pantas' ini. Seorang sahabat yang sedang mengandung setuju dengan kenyataan saya sambil melahirkan rasa terkejutnya melihat gambar-gambar ngeri masuk ke dinding lamannya. Tatkala berita penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak beberapa hari lepas, timbul di dalam 'group' laman sosial kami, tampil seorang sahabat yang menyatakan bahawa mangsa adalah cucu jirannya. Tentunya dia juga turut bersedih di atas kejadian tersebut bukan.....


Lalu...., dimana rasionalnya tindakan kita dalam berkongsi dan menyebarkan sesuatu maklumat itu. Jom kita fikir-fikirkan...!!

*Sekadar luahan dan tulisan peribadi seorang suri.

SALAM HORMAT!

~ Thank You ~

2 comments:

  1. tu la kan.. gambar2 tu kekadang x elok kalau anak2 tengok.. risau kita dibuatnya

    ReplyDelete
  2. bila dunia tanpa sempadan , tak ada siapa boleh halang . kita hanya blh beristghfar dan urut dada jer . semoga kita tidak jadi seperti mereka .

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...