Monday, May 19, 2014

* RESIPI/RECIPE ~ PUDING COKLAT BERLAPIS

Click image to view actual size


PUDING COKLAT BERLAPIS

Bahan-bahannya:
1. Agar-agar (jelly strip) ~ 20 gram (jangan direndam)
2. Air ~ 1500 ml
3. Gula pasir ~ 1 setengah cawan
4. Susu sejat (cair) ~ 1 tin
5. Tepung kastad ~ 2 camca besar
6. Serbuk coklat/koko ~ 3-4 camb. (dibancuh dengan sedikit air panas)
                   
Cara membuatnya:
1- Masak agar-agar dan air dalam periuk sehingga betul-betul hancur.
2- Masukkan gula didihkan sebentar lagi.
3- Masukkan susu sejat (sambil dikacau supaya susu tidak hangus di dasar periuk).
4- Masukkan tepung kastad yang telah dibancuh dengan sedikit air, biarkan mendidih sebentar.
5- Ambil sepertiga bahagian dan tuang ke dalam bekas lain dan ketepikan.
6- Bakinya (masih dalam periuk) dicampurkan dengan bancuhan coklat tadi dan kacau rata.
7- Angkat dan tuang separuh (yang berwarna coklat) ke dalam acuan biarkan separuh beku.
8- Setelah beku, cakar permukaan atas puding menggunakan garfu.
9- Tuangkan bancuhan yang berwarna putih tadi (jika hampir beku, panaskan sedikit di atas api) dan biarkan beku dan lakukan cara yang sama (cakar) sebelum anda masukkan separuh lagi bancuhan yang berwarna coklat pula.
10- Sejukkan di tempat biasa sehingga hilang kepanasan sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

Jumlah hidangan:
Untuk saiz seberat 100 gram = lebih kurang 40 potong.

Nota:
Jika anda suka puding lebih lemak, boleh juga gunakan 1 setengah tin susu cair tetapi kurangkan air kepada 1300 ml.

~ Thank You ~

2 comments:

  1. sedap ni kak, nampak macam senang nak buat

    ReplyDelete
  2. nak try jugalah buat resepi ni untuk berbuka puasa nanti..terima kasih kak ozie..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...