Monday, June 23, 2014

* CERITERA ALAM ~ KEAJAIBAN WANGI-WANGIAN


Contoh


Definisi Bau...sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dihidu. Pastinya kita semua tahu, ada bau yang enak atau wangi dan ada bau yang kurang enak, yakni bau busuk. Apapun kedua-duanya adalah anugerah dan kurniaan Tuhan. Bagi bau yang kurang menyenangkan atau yang busuk, tetap ada hikmahnya maka ia diciptakan sedemikian.

Ok....Lupakan tentang bau busuk, kita cerita tentang bau yang wangi lagi mengasyikkan yang tentunya adalah sebuah keajaiban yang sangat mengagumkan. Namun, berapa ramai antara kita yang mahu bersyukur, menikmati dan menghargai nikmat Tuhan yang unik ini. Tuhan telah menganugerahkan manusia bau-bauan semula jadi dari berbagai punca dan sumber serta turut menginspirasikan manusia agar boleh mencipta lebih banyak bau-bauan atau wangi-wangian mengikut kesesuaian dan keinginan. Ada bau-bauan yang sesuai untuk tubuh badan, kereta, tempat kediaman dan sebagainya.


Untuk tempat kediaman kita, terdapat berbagai produk di pasaran yang mengadaptasikan keperluan tersebut dengan pelbagai haruman yang berfungsi untuk membantu ke arah suasana dan persekitaran yang lebih selesa dan menenangkan. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, ada di antara bau-bauan atau wangi-wangian ini, mampu meransang minda dan menenangkan jiwa. Dalam sebuah bilik yang kecil sekalipun, jika persekitarannya berbau harum, minda akan berfungsi secara optimum dan jiwa akan berasa lebih tenang berbanding berada di dalam bilik yang besar tetapi baunya menyakitkan kepala dan deria bau kita...hehee....


Maka, usah kedekut atau lokek untuk membelanjakan sedikit wang bagi mendapatkan produk yang terbaik demi keselesaan diri, seisi keluarga dan tetamu kita. Nikmatilah keajaiban wangi-wangian kurniaan Tuhan itu dengan sebaik-baiknya di samping tidak lupa untuk bersyukur kerana deria bau kita masih lagi berfungsi untuk menikmati semua bau-bauan yang dianugerahkan Tuhan di dunia ini...hee....


*Wangi-wangian juga dikatakan adalah makanan kepada otak kerana otak memerlukan tenaga yang juga boleh didapati dalam bentuk wangi-wangian.

SALAM SEHARUM BUNGA!

~ Thank You ~

IZZ YUSRA
Secret of love

AIR FRESHENER/CAR PERFUME

WhatsApp:
wasap.my/60192843625/izzyusra

Agent diperlukan!

1 comment:

  1. wangian utk rumah saya suka . terapi yg elok utk stress n merelekskan minda .

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...