Saturday, June 21, 2014

* CERITERA ALAM ~ ORANG YANG RAJIN?




Erti kata rajin bukan hanya boleh dikaitkan pada usaha dan kesungguhan kita dalam mencari rezeki bagi mendapat kesenangan di dunia, semata-mata tetapi banyak perkara yang boleh kita kaitkan dengan perkataan rajin ini. Sebagai contoh, kalau kita rajin beribadah, tentunya kita akan beroleh pahala dan kebahagiaan di akhirat nanti. Kalau kita rajin mencari ilmu, sudah pasti kita akan semakin bijak dan pintar berbanding sebelumnya.

Walau apa pun saya suka sungguh kata rajin yang dikaitkan dengan wanita dan rumahtangga. Wanita yang rajin memasak, pastinya ahli keluarganya akan dapat menikmati berbagai makanan yang lazat dan enak setiap hari... hehee.... Bukan itu saja, sebenarnya apa yang lebih menarik perhatian saya adalah, wanita yang rajin sangat mengemas rumah. Wanita yang begini, kebanyakan masanya dihabiskan dengan mengemas rumah. Cuit sana cuit sini, 'touch up' sana 'touch up' sini, sapu sana sapu sini. Susun itu susun ini. Pendek kata, segalanya mesti dalam keadaan teratur, tersusun, kemas dan rapi. Semua peralatan mesti bersih dan tidak berhabuk sedikit pun. Hmmm... Memang kalau dilihat, nampak agak memenatkan, tetapi hasilnya... Nah...!! Rumah yang selesa sangat untuk didiami. Teruja kan?

Apa yang nyata, orang yang rajin, tidak kira dari segi apapun, kehidupannya pasti akan jauh lebih selesa berbanding orang yang tidak rajin. Betul tak? Jadi, jika inginkan kehidupan yang lebih selesa, jom kita rajin-rajin kan diri....heee....

~ Thank You ~

1 comment:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...