Wednesday, June 25, 2014

* DIARI HATI ~ KASIH SAYANG


Abby


Hari ini saya menerima berita yang agak kurang baik tentang anak-anak. Mereka kurang sihat. Berdebar jantung saya dan perasaan risau serta rasa bersalah mula saya rasai saat berita sampai ke telinga. Seakan mahu saya menyalahkan diri sendiri. Sayakah yang bersalah tidak pandai menjaga mereka atau ....macam-macam lagi yang saya fikirkan.

Anak sulung kami, telah pun kami bawa ke hospital dan menerima rawatan, cuma menunggu berita tentang kesembuhan atau rawatan susulan. 'Anak bongsu' kami Abby yang berbulu lembut tu pula, berkemungkinan mengalami sakit tekak kata anak saya yang seorang lagi memandangkan suaranya yang berubah agak garau dari biasa bila mengiau dan kurang bersemangat untuk makan. Risau hati saya. Begitulah hati seorang manusia apalagi yang bergelar wanita. Hatta seekor kucing pun turut membuat hati kita tidak tenang dan risau. Kerana rasa kasih sayang yang mendalam, seekor haiwan pun turut dilayan bagaikan seorang manusia.

Spontan, kisah adik Firdaus yang dikurung oleh ibunya, muncul dalam fikiran saya. Malang sekali, nasib Adik Firdaus tidak sebaik nasib Abby, walhal Adik Firdaus lebih berhak mendapat layanan yang jauh lebih baik dari apa yang diterima oleh Abby. Namun yang nyata, Adik Firdaus tidak dilayan seperti layaknya seorang manusia. Tragis sungguh.....

Walau apa pun, sama-sama kita doakan keselamatan dan kesejahteraan Adik Firdaus. Semoga dia mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari orang-orang yang sudi mendampinginya. Amin.

SALAM KASIH MESRA!
~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...