Monday, June 30, 2014

* DIARI HATI ~ KISAH DI BULAN RAMADHAN


Gambar hiasan: Google

Kisah semalam. Hari pertama di bulan puasa, anak-anak dan suami sudah teruja sangat nak membeli makanan untuk berbuka, di Bazaar Ramadhan. Saya biarkan sahaja mereka pergi kerana tak mampu menghalang. Seperti kebiasaannya, saya pun mula membuat persiapan untuk waktu berbuka kerana saya lebih senang makan makanan hasil tangan sendiri walau pun agak ringkas dan tidak seenak makanan yang terdapat di Bazaar Ramadhan mungkin. Maalumlah, saya ni bukan pakar memasak atau tukang masak profesional. Sekadar memasak apa yang saya tahu dan yang biasa saya masak.

Namun, nak tahu apa yang terjadi hari ini? Awal pagi lagi semuanya mengadu sakit perut dan cirit birit akibat makan makanan waktu berbuka semalam kecuali saya kerana saya hanya makan seketul kuih sahaja dan tidak menjamah sedikit pun lauk pauk dan makanan lain yang dibeli. Saya cukup pasti puncanya memandangkan waktu bersahur tadi kami cuma minum air dan makan buah kurma.

Banyak sebenarnya pengajaran atau cerita yang boleh kita rumuskan dari post seringkas ini, antaranya mengenai....
- Kebaikan memasak sendiri.
- Usaha, penat lelah dan susah payah ibu/isteri yang memasak walaupun tak sesedap yang kita harapkan.
- Pengawalan nafsu makan, di bulan ramadhan ini khasnya.
- Tanggungjawab sebagai seorang peniaga dan lain-lain lagi.
Jom kita fikirkan......

SALAM RAMADHAN!
 ~ Thank You ~

4 comments:

  1. hehe..lps ni mungkin dah serik nak ke bazar kut...

    akak tiap tahun masak sendiri...lbh puas,jimat dan terjamin..
    yg kat bazar tu dia org masak seawal pg lagi...

    ReplyDelete
  2. saya cuma melihat masakan di bazaar ramadhan tu dr sudut kesihatan . cara mereka masak ikut suka mrk shj . antaranya penggunaan minyak yg banyak sehinggakan nampak berlinang dan juadah ada yg x nampak fresh ...

    ReplyDelete
  3. Antara perkara yang saya menyampah dengan bazar Ramadhan. Jual makanan yang takda kualiti. Tak sedap tak pe lagi, ni kalau dah tercemar, memang membahayakan kesihatan kita.

    ReplyDelete
  4. klau ada masa baik masak sendiri...
    kesihatan pn terjamin...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...