Wednesday, July 2, 2014

* CERITERA ALAM ~ AIRMATA DAN WANITA



Lumrah wanita, suka dan mudah sangat menangis apabila hatinya terguris, menerima berita sedih, ditimpa masalah dan sebagainya. Bila airmata mula menitis kita biasanya mengharap simpati, perhatian atau pujukan dari orang-orang yang berada di sisi atau yang hampir dengan kita. Seperti kata-kata ini, 'Air mata adalah senjata wanita'. Pernah dengar kan? Hmm... Pada saya, kata-kata itu sekadar penyedap hati atau bahasa je....hehee...

Namun mungkin boleh diguna pakai juga andai kita berhadapan dengan mereka yang berhati lembut, berkeperibadian tinggi, yang bersikap sabar atau yang sentiasa berfikiran positif dan waras. Andai kita berhadapan dengan orang yang kurang matang, cepat marah, berkeperibadian buruk, kurang sabar atau yang banyak sifat-sifat negatif dalam dirinya, eloklah dielakkan menangis di hadapan mereka kerana bukan semua orang suka bila wanita khususnya, menangis atau mengeluarkan airmata.

Mungkin ada orang yang berasa benci, meluat dan bertambah berang bila berhadapan dengan mereka yang sensitif dan suka menangis apalagi di saat sedang bertengkar. Maka berhati-hatilah agar kita tidak menghadapi risiko yang buruk dari sikap suka dan mudah menangis itu. Manalah tahu kan.... kita harapkan pujukan tapi dapat pula tamparan...hii...

Justeru itu, pastikan dulu dengan siapa kita berhadapan. Jika kita berhadapan dengan orang yang salah kemudian gagal mengawal perasaan dan terpaksa juga menangis, eloklah kita menangis bersendirian di bilik atau beredar dari orang tersebut, sehingga tangisan kita reda dan hati kita kembali tenang. Yang begitu adalah lebih baik kan..? Inshaallah.

SALAM MANIS!

Please CLICK HERE to see more STORIES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...