Chettinad University |
Berada di perantauan bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi kebanyakkan orang. Apatah lagi jika terpaksa berada di tempat yang begitu terasing dan jauh dari sebarang kemajuan. Pun begitu, cerita pahit dan manis dari pengalaman tersebut pastinya punyai keunikan tersendiri yang bakal terpahat di ingatan dan menjadi sejarah terhebat dalam kehidupan masing-masing.
Puan Norhayati |
Bagi Puan Norhayati Abu Bakar yang juga merupakan sahabat baik saya, sebagai seorang Clinical Instruktur yang ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar kejururawatan di Chettinad Hospital and Research Institute, dia redha dengan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Berada di pekan kecil Kelambakkam, Tamil Nadu di India sememangnya satu cabaran yang besar buat beliau dan tidak mungkin dapat dilupakan.
Walau pun hanya 3 hingga 4 bulan sahaja berada di sana namun tempoh itu dirasakan agak lama apalagi bila terpaksa menyambut ramadhan bersendirian tanpa keluarga. Di kejauhan itu pastinya hati beliau berasa sayu setiap kali tiba waktu bersahur dan berbuka bila teringatkan anak-anak dan suami tercinta.
Menurut Puan Norhayati, setiap hari beliau bersahur dan berbuka bersendirian di asrama. Oleh kerana tiada banyak pilihan makanan yang boleh memenuhi selera, beliau memilih untuk makan nasi berlaukkan sayur dan kuah dhal atau telur sahaja. Sesekali ada juga katanya, disediakan dengan masakan yang berasaskan ayam, namun Puan Norhayati terpaksa menolaknya kerana kurang yakin dengan status ayam tersebut.
Bagi memastikan waktu untuk bersahur dan berbuka pula, aplikasi waktu solat yang dimuat turun dari telephone bimbit beliau dijadikan sebagai panduan. Menurut Puan Norhayati lagi, bila ditanya tentang suasana tempat dia berada, terlalu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan negara yang tercinta. Di sini kita hidup serba mewah dan sibuk bekerja untuk mengejar kesempurnaan sedangkan mereka di sana bekerja sekadar untuk hidup dan cukup untuk makan.
Kelambakkam, Tamil Nadu, India |
Walau bagaimana pun pada saya, anda yang berpeluang untuk berada di perantauan terutama di kawasan pedalaman sememangnya amat bertuah kerana bukan semua orang dapat melalui pengalaman sebagaimana yang anda lalui dan rasai.
Dengan itu, ucapan terima kasih kepada Puan Norhayati kerana sudi meluangkan sedikit masa beliau untuk berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman beliau ketika berada di negara orang.
SALAM SEINDAH SURIA!
~ Thank You ~
Semoga dipermudahkan segalanya buat beliau hidup di perantauan... aamiin.
ReplyDeletesuatu pengalaman yang pasti akan kekal dalam catatan hidup puan Norhayati, semoga beliau tabah meneruskan penghidupan yang memang mencabar diperantauan..
ReplyDelete