Wednesday, July 16, 2014

* CERITERA ALAM ~ KISAH KIKI DAN UNCLE SIM?




Susulan kisah Kiki dan Uncle Sim yang sedang hangat diperkatakan di media-media dan di laman-laman sosial selepas kejadian perlanggaran kereta tempoh hari, sedikit komentar dari saya untuk entry khas ini.

Sudah menjadi sikap dan tabiat orang kita, apabila berlaku sesuatu yang melibatkan kesilapan dan kesalahan maka timbullah berbagai kecaman demi kecaman yang seolah-olahnya bersifat ingin melepaskan geram. Yang bersalah  akan dihentam habis-habisan bagaikan tiada lagi ruang untuk memberi dan menerima kemaafan. Sehinggakan jalan penyelesaian yang diambil pun turut dipertikaikan. Soal ikhlas atau tidak tindakan memohon maaf Kiki itu bukan urusan kita sebenarnya. Biarlah Allah sahaja yang menilai apa sebenarnya yang tersimpan dan terdetik di benak hati Kiki yang juga insan biasa seperti kita. Pada saya kesalahan Kiki itu memang agak berat dan melampau namun keberaniannya untuk memohon maaf itu patut juga dipuji kerana hanya orang-orang hebat sahaja yang sanggup dan mahu memohon kemaafan.

Apa yang penting, Kiki pasti telah belajar banyak perkara dari kesilapan-kesilapan yang telah dilakukannya. Kita seharusnya menyokong tindakan beliau dan menjadikan apa yang dilalui oleh Kiki itu sebagai pengajaran dan panduan di hari kemudian. Yang bersalah tetap bersalah. Yang menjadi pemerhati jangan emosi...heee..... Bersangka baiklah agar jiwa kita menjadi lebih tenang, damai dan harmoni. Mari kita tanamkan sikap saling hormat menghormati agar kasih sayang berlarutan hingga tiba saatnya kita akan pergi.

Tahniah buat Kiki dan Uncle Sim yang saling menerima dan sama-sama berlapang dada dalam menyelesaikan permasaalahan mereka.

SALAM SEMANIS NIRA! 
~ Thank You ~

2 comments:

  1. Kesian ko kiki.. abes dah maklumat pribadi ditelanjangkan. Advance sungguh org awm jd CSI skrg. Huuhu.bguslah dh minta maaf.

    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  2. Peringatan & pengajaran buat kita semua dibulan Ramadhan ini. Semoga kita semua sentiasa bermuhasabah diri.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...