Saturday, July 12, 2014

* CERITERA ALAM ~ WANITA, KECANTIKAN DAN SOLEKAN




Lumrah wanita memang sukakan kecantikan dan ingin sentiasa kelihatan cantik. Untuk itu, tidak hairanlah kalau kebanyakan wanita gemar berdandan dan bersolek. Ada yang sanggup berbelanja lebih demi ingin kelihatan lebih anggun, menawan dan berkeyakinan. Bagi saya kecantikan itu memang perlu, cuma janganlah sampai berlebihan sehingga boleh menarik perhatian dan menimbulkan fitnah serta sangkaan buruk kepada yang melihat. Bersederhana itu adalah lebih baik asalkan kita tetap dan masih kelihatan cantik.

Ketika perlu berada di majlis-majlis tertentu pula, wanita biasanya perlukan khidmat juru solek untuk kelihatan lebih menarik kerana bukan semua wanita mampu melakukan solekan sendiri yang mana sesuai dengan masa dan tempat yang akan mereka hadiri. Di sinilah perlunya peranan seorang juru solek bagi memastikan impian wanita-wanita ini direalisasikan dengan kesederhanaan diberi keutamaan pada setiap solekan.


Puan Sarjana dalam majalah Rapi


Salah seorang juru solek yang sering dalam pemerhatian saya, iaitu Puan Sarjana seorang juru solek muda yang berbakat dan semakin diminati. Pada saya, beliau sentiasa memastikan kesederhanaan ditampilkan dalam setiap sentuhannya. Kagum dengan isteri dan ibu muda ini maka saya terpanggil untuk menampilkan diri beliau dan sedikit cerita tentang beliau untuk entry saya kali ini.

Kata Puan Sarjana, dia memang meminati bidang ini namun hanya melakukannya secara sambilan dan sebagai hobi pada awalnya. Kerana sentuhannya yang sederhana, dia sering mendapat tempahan dari rakan-rakan dan saudara mara dan kini khidmatnya semakin diperlukan oleh peminat-peminatnya. Tahniah untuk beliau.

Dengan itu, ucapan terima kasih kepada Puan Sarjana yang juga anak saudara saya kerana mengizinkan saya memuat turun gambar-gambar miliknya. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan khidmat dan merasa sendiri hasil sentuhan Puan Sarjana, anda bolehlah menghubungi beliau terus di talian 019 314 5668



Walau apa pun, sentiasalah muhasabah diri dan pastikan apa niat kita tatkala melakukan sesuatu serta ketahui di mana kedudukan dan dengan siapa kita berurusan.

SALAM ANGGUN!
~ Thank You ~

1 comment:

  1. Peringatan yg baik utk semua... thanks sharing kak Ozie..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...