Friday, August 1, 2014

* CERITERA ALAM ~ JALAN PINTAS?





Berbagai cara dan gaya yang cuba dilakukan oleh sesetengah orang dalam mengejar kebahagiaan, ketenangan, kesenangan dan kesempurnaan hidup di dunia. Ada yang sanggup membina kekayaan dan kesenangan di atas kepayahan orang lain. Ada yang cuba mencari ketenangan dan kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Mereka ini sentiasa sibuk dan asyik mengejar dan memikirkan kepentingan diri tanpa mempedulikan perasaan orang-orang yang mereka khianati. Sadis sungguh perbuatan mereka ini.

Mereka ingin bahagia tetapi mereka suka menyiksa. Mereka ingin hidup mewah tetapi sanggup membuat orang lain susah. Mereka inginkan ketenangan tetapi mereka tega membiarkan orang lain keresahan. Mereka inginkan sesuatu tetapi mereka merampas hak orang lain tanpa segan silu. Pendek kata, mereka lebih senang memilih jalan pintas dan mudah asalkan hati mereka berasa puas dan megah.

Mereka lupa mungkin bahawa Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segala niat baik dan buruk mereka. Sesungguhnya dunia ini tidaklah sebesar mana. Apa pun yang mereka lakukan jika tidak baik pasti akan mendapat balasan. Walau pun mereka cuba bersembunyi di sebalik realiti, namun lambat laun segalanya akan terlihat dan terbukti dan akhirnya nanti, mereka juga yang akan malu sendiri. Sesal kemudian tak berguna lagi. 

Walau bagaimana pun, kita doakan saja supaya orang-orang yang menghianati dan menganiaya kita itu, agar mereka sentiasa hidup bahagia dan kaya raya. Hmm.... Tapi, pastikan doa tu ikhlas ya... Hehee.....

SALAM SEMURNI HATI!


MORINGCOR STEVIA COFFEE
*Functional Drink
Produk oleh: Kirin Bio Holdings
Kuantiti: 20 sachets x 16 g

Harga: RM 76.90

Antara khasiatnya:
Mengurangkan 'diabetis mellitus jenis 2'.
Mengurangkan pertumbuhan sirosis hati.
Mengurangkan tahap kolestrol darah.
Penting untuk kesihatan kardiovascular.
Mengurangkan risiko beberapa penyakit yang paling lazim di dunia iaitu obesiti, kencing manis dan kolestrol darah tinggi.
Memberi tenaga.

WhatsApp: 019 284 3625

~ Thank You ~

2 comments:

  1. Kebiasaannya org yg senang atas kesusahan org lain tak akan berkekalan... wallahualam.
    Salam Aidilfitri buat kak Ozie sekeluarga... Maaf zahir & batin.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Kak Zie...Lama sungguh saya berhibernasi..Semoga kak zie ceria dan bahagia selalu..ada masa contact saya ye...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...