Tiada siapa yang dapat menafikan betapa pentingnya keakraban dalam sesebuah ikatan atau perhubungan kecuali mereka yang kurang sempurna akalnya. Tuhan menjadikan manusia berpasang-pasangan bagi menyempurnakan segala keinginan dan keperluan baik dari segi lahiriah mahupun batiniah. Dengan adanya pasangan segalanya boleh dikongsi, dilalui, dilaksana, diselami, dirasai secara bersama. Dengan itu, semua perkara dan masalah yang sukar, Inshaallah akan menjadi lebih mudah untuk ditangani jika dibawa bermesyuarah.
Dalam perhubungan suami isteri khasnya, keakraban dalam sesebuah perhubungan itu harus sentiasa dibaja bagi memastikan kita kekal bahagia di dunia dan seterusnya di akhirat sana. Perkahwinan yang dimulai dengan niat suci, ikhlas dan kerana Allah pastinya membenihkan hubungan baik yang mesra dan berkekalan. Namun jika niat asal adalah sebaliknya maka pincanglah sesebuah hubungan itu dan timbullah berbagai permasaalahan.
Ketidak akraban dengan pasangan hanya membuatkan kita terpaksa dan cuba melalui saat-saat sukar seorang diri. Malu untuk berkongsi sesuatu dan berlagak seolah-olah semuanya kita tahu. Sedang hakikat, secara naluriahnya kita insan biasa yang lemah ini sebenarnya saling memerlukan dan inginkan penghargaan.
Maka perhatikan kembali hubungan sedia ada antara kita dengan pasangan. Apakah sudah benar-benar akrab atau sebenarnya semakin jauh kenaluriannya. Buangkan keegoan dan semailah rasa kasih sayang agar kita semakin akrab dengan pasangan yang mana akan menambahkan lagi rasa bahagia di dalam jiwa.
SALAM HARMONI!
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA