Tuesday, October 28, 2014

* SAJAK DI MAJALAH DEWAN SISWA

Alhamdulillah, akhirnya karya saya diterima juga. Setelah hampir terlupa, saya didatangi khabar gembira yang telah lama saya nantikan. Sajak HANYA RIMBUNAN KASIH karya saya telah disiarkan di majalah Dewan Siswa baru-baru ini. Maaf, kurang pasti pula keluaran bila kerana saya sendiri pun belum sempat memeriksa kerana ketinggalan naskah tersebut akibat banyak sangat masalah yang harus diselesaikan sejak kebelakangan ini. Untunglah ada 'Sifu' muda saya Wanariahamiza@Wan Hanif http://wanariahamiza.blogspot.com/ (tak dapat nak link ke blog beliau buat masa ni) menyedari akan tersiarnya sajak ini. Terima kasih banyak buat adik Wan yang sememangnya telah banyak membantu dan mendorong saya. Terima kasih juga buat para sahabat yang sentiasa berdiri di belakang saya dan memberi suntikan semangat.



~ Thank You ~

3 comments:

  1. Berbakatnya...tahniah diucapkan :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ozie, dari kak ana, kak ana lama sungguh dah tinggalkan dunia penulisan sastera ni, kadang2 rindu juga cuma ilham dan tenggelam dik arus usia.. teruskan kreativiti :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan teruskan usaha lagi. Mesti rasa membuak-buak nak menulis lagi kan. Hehe.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...