Friday, July 28, 2017

* CERITERA ALAM ~ SENTAP SIKIT KELUAR GROUP

SENTAP😒 SIKIT KELUAR GROUP?

✏Nak share something setelah mengalami dan buat pemerhatian👀 sendiri.

Saya sedar😌 sekarang betapa pentingnya group apalagi jika ahli2nya rakan atau jiran setempat dgn kawasan kita. Lagi ramai👫👭👬 ahli lagi bagus👍🏼. Maka peliharalah silaturrahim🤝 itu dan jangan✖ sesekali mengeluarkan kata2 yang boleh menyakiti hati💚 orang lain😞. Dan jangan sesekali emosi🖤, mudah sentap😠 lalu keluar🏃🏽‍🏃🏽 group. Dan takde salahnya juga kita ada dua tiga group dalam satu kawasan. Bijaklah melayan🙃 dan manage hp sendiri supaya tak mudah hang📴. Dan tak payah nak privasy😶 sangat konon rimas ada banyak group.

***Sesungguhnya kita tak tahu dalam group mana kita ada kawan yang sanggup bersama, kala kita susah satu hari nanti.***

Tak selamanya kita sihat atau bahagia😊 dah boleh urus diri dgn sendiri atau harap bantuan family. Group bukan semata tempat untuk promote produk dan chatting tapi tempat di mana kita boleh salurkan bantuan untuk cari pahala dan meminta pertolongan bila kita memerlukannya.

✏Pernah seorang kawan dari group kami merajuk dan sentap lalu keluar group🤦🏻dan menghilang. Setelah agak lama tiba2 dia muncul minta bantuan saya atas masalah yg dihadapinya. Malang sekali😔 saya tak dapat bantu ketika itu atas sbb yang memang tak dapat dielakkan. Berkata-kata hati❤ saya 'kalau dia ada dalam group tentu mudah minta bantuan dan ramai yang sanggup🙋🏼🙋🏻menolong💖'. Seperti yang biasa kami lakukan. Segala permasaalahan dan pertanyaan⁉, kepada group lah kami ajukan. Laju je... pertanyaan dijawab👌🏻 dan dengan mudah pulak masalah selesai😘.

Segera saya muhasabah diri💖 dan jadikan itu pengajaran. Betapa kawan2 yang ramai itu perlu sangat. Dan sikap suka sentap☹ itu merugikan amat😁.

PESANAN!
Berlapang dadalah bila berlaku kesilapan kerana mungkin itu salah faham dan sangkaan buruk😏 kita sahaja. Bila dah ramai dalam 1 group tu faham2 jelah kan...🤔. Gurau senda🤣 kadang bertukar duka lara😢....

Sekian😘

C&P~WA

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...