PUDING BANDUNG CINCAU |
Bahan-bahan:
1. Agar-agar (jelly strip) ~ 20 gram (jirus dengan air dan tapiskan)
2. Air ~ 1600 ml
3. Susu pekat manis ~ 1 tin (505 gram)
4. Cincau ~ 1 peket dipotong dadu (jirus dalam penapis dan toskan)
5. Pewarna merah (sirap ros) ~ Secukupnya
Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar dengan air hingga gancur.
2. Masukkan susu sambil dikacau dan disusuli dengan pewarna mengikut kesesuaian dan masak sebentar lagi hingga mendidih.
3. Tuang dalam acuan yang telah siap ditabur dengan cincau yang telah ditoskan tadi.
4. Biarkan sehingga sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Jumlah hidangan:
* Untuk saiz seberat 100 gram = lebih kurang 40 potong.
* Please CLICK HERE to see more recipes.
~ Thank you ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA