Saturday, June 25, 2011

* CERITERA ALAM ~ AIR YANG DICINCANG?

Visiting is an obligation.....
~ Ozie

Mungkin aku atau sesiapa saja di luar sana, ada yang masih tidak peka dan tidak sedar betapa pentingnya sesebuah hubungan dan ikatan itu. Biarpun agama kita telah menyarankan agar kita sentiasa menjalinkanlah atau mengeratkan hubungan silaturrahim walau di mana pun kita berada. Tambahan lagi dengan hubungan kekeluargaan. Maka dari detik ini marilah sama-sama kita mulakannya disamping melihat kebenaran yang ada disekeliling kita.

Tidak perlu melihat orang lain, cuba perhatikan saudara mara kita yang terdekat.... hatta ahli keluarga kita sekali pun... Berapa ramai antara mereka yang masih belum pernah menziarahi kita..... dan berapa kali pula kita pergi menziarahi mereka..... Jelas sekali senario ini amat membimbangkan.... Memang amat menyedihkan sekali andai inilah yang berlaku terhadap kita bukan....? Tapi itu jugalah yang berlaku terhadap ku sebenarnya. Ahli keluarga yang ramai belum tentu menjanjikan keseronokkan dan kebahagiaan...malahan sering pula berselisihan pendapat bahkan ada yang tidak pernah ambil peduli langsung tentang kewujudan kita.....

Cuba bayangkan jika ada ahli keluarga anda yang berbelas tahun malah ada yang puluhan tahun tidak pernah mempedulikan anda...usahkan datang ke rumah..menghantar sms pun tidak pernah. Hati mana yang tidak akan hancur...?? Hati mana yang tidak merasa sedih..?? Hati mana yang tidak terguris bila diperlakukan sebegitu...?? Tapi itulah hakikatnya.....  Hmm...... Walau apapun biarlah ku simpan segala kesedihan ini...kerana ku tahu, air yang dicincang tak akan putus....

Di kejauhan ini apa yang mampu ku lakukan hanyalah berdoa agar Allah membuka pintu hati mereka. Sebagai kakak, aku tidak pernah menyimpan perasaan dendam apatah lagi membenci mereka, walaupun jauh di sudut hati aku merasa teramatlah sedih... Apapun aku pasti suatu hari nanti mereka akan sedar, betapa dalamnya kasih sayangku terhadap mereka...

Sebagai kesimpulannya, hargailah hubungan itu dan tunjukkan lah kasih sayang kita kepada keluarga kita sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga mereka pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dengan seribu penyesalan. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga di dunia ini melainkan kasih sayang yang sejati.....


Please CLICK HERE to see more STORIES.

                          ~ Thank You ~                                      

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...