Thursday, January 5, 2012

* CERITA ALAM ~ DEMI SEBUAH KEINGINAN

Every person has a desire.
Desire requires sacrifice.
Sacrifice requires great patience....
~ Ozie



                                                                      Lumrah manusia, sering menginginkan sesuatu yang lebih dari apa yang sedia dimiliki. Demi mencapai keinginan itu, maka manusia haruslah membuat suatu perubahan atau berubah dari keadaan dan kedudukan yang sedia ada. Kerana menunggu di takuk lama dengan mengharap sesuatu tanpa usaha tidak akan menjamin apa-apa kejayaan dan kesempurnaan. So, make a move now and get what you want.... Hmm....but, it's not as easy as ABC....right..!! Ok...apakah bentuk langkah, pengorbanan dan perubahan yang patut kita lakukan demi mencapai keinginan kita itu.... baca seterusnya....hehee...

                                                           Memang tidak dinafikan, perubahan adalah wajar dan sangat perlu dalam kehidupan seseorang itu demi merealisasikan impian dan keinginan masing-masing. Tanpa perubahan manusia akan mudah merasa bosan dan hilang keghairahan untuk mengejar apa yang diimpikan, hatta meneruskan hidup sekalipun. Akan tetapi membuat perubahan bukan lah semudah kata-kata yang dilafazkan. Perubahan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan masa dan cara yang tertentu. Oleh itu, lakukanlah perubahan secara diplomatik dan teratur supaya mencapai kehendak dan arah yang dituju. Perubahan yang terlalu drastik tidak akan banyak membantu kerana keterpaksaan serta tindakan yang terburu-buru akan hanya mengurangkan daya tumpuan dan menambahkan lagi kesukaran ketika sesuatu perlaksanaan dilakukan. Maka rancanglah dengan teliti dan buatlah perubahan berdasarkan kesanggupan dan kemampuan diri dan bukannya dengan meniru gaya, cara dan langkah orang lain. Hmmm....sikit aje pun... but, enough to make you think, think and think....hehee...
      
                                                            Sebagai kesimpulannya, janganlah terlalu ghairah mengejar keinginan sehingga sanggup menggadai maruah diri dah keluarga. Berfikir dan bertindaklah secara rasional dan buatlah perubahan yang positif sahaja supaya kita tidak menyesal kemudian hari. Akhir kata, sebagai peringatan untuk saya sendiri dan anda juga, walaupun keinginan itu adalah sesuatu yang diharuskan.... namun bentuklah sebuah keinginan yang tidak memerlukan perubahan dan pengorbanan yang terlalu besar dalam masa yang terlalu singkat.... and ada lagi... we should never give up if what we earn, not as we expected... Hmm...cuba lagilah....

5th. January 2012
- Thank You -

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...