Wednesday, December 26, 2012

* SAJAK ~ TAK MAMPU MERAMAL

Warisan bangsa jangan dipinggir.
Puisi indah jangan disingkir ...
~ Ozie



* TAK MAMPU MERAMAL


Hati ini bicara sendiri
walau sedetik enggan berhenti
tanpa ku sedar ...
spontan terukir senyuman di bibir
biarpun yang dirasa tak dapat di zahir
namun ...
cuba ku ramal apa yang ditakdir ...

Di dada mula terasa debarnya
minda tak mahu berhenti bertanya
tumpuan mata hilang noktahnya
mentari bersinar tak terlihat cahaya
kelam malam tak ku sedar hadirnya ...

Biarpun diri sungguh pasti
situasi ku lalui bukanlah mimpi
seribu persoalan terus mengisi
kian berat semakin sarat
sehingga mampu mengalir keringat
namun ...
yang tersirat sukar diperdebat ...

Wahai!
rasa apakah menerjah berani
ke dasar hati duduk menghuni
sukar naluri mengenal realiti
yang singgah benar misteri
seinci tidak berganjak
sesaat tidak bergerak
cekal kekal menduga akal
tebal sebal menguji sabar
kerana tak mampu lagi meramal
lalu ku biar 
masa beredar ......

By: * OZIE MAHSA (26th. December 2012)

* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...