Thursday, March 28, 2013

* KHASIAT DAN KEBAIKKAN ROSELLE

Every gift of God has a secret .....
~ Ozie


* KHASIAT DAN KEBAIKKAN ROSELLE

                                                                        Saya percaya ramai yang telah pun mengetahui dan mengenali tumbuhan semulajadi yang unik ini. Roselle atau dikenali dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, adalah antara jenis tumbuhan yang paling saya gemari. Bukan saja kerana warnanya yang menarik perhatian saya, bahkan rasanya yang lebih sedap jika dibandingkan dengan tumbuhan yang mengandungi vitamin C yang lain. Apa yang lebih menarik adalah, kandungan Vitamin C di dalam tumbuhan Roselle ini dikatakan lebih tinggi berbanding Anggur. Dan lagi, Roselle bukan saja sedap untuk dijadikan minuman harian, tetapi boleh juga dibuat jem atau puding. Hmm... Rugilah kalau ada yang tidak menggemari tumbuhan berkhasiat ini...hehee... Kepada yang masih belum mengetahui tentang khasiat sebenar tumbuhan ini, mari kita lihat apa yang bagus sangat tentang Roselle ni....

ANTARA KHASIAT ROSELLE:

* Mengurangkan kolestrol.
* Membantu proses pencernaan.
* Melancarkan peredaran darah.
* Mengubati luka luar dan dalam.
* Mengubati penyakit kulit.
* Menghaluskan kulit.
* Melambatkan proses penuaan.
* Menyerikan wajah.
* Membuang racun/detoksifikasi.
* Mempunyai efek anti kejang otot.
* Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
* Membunuh bakteria penyebab TBC.
* Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan.
* Mencegah peradangan pada saluran kencing.
* Mencegah pembentukan batu karang.
* Mencegah penyakit jantung.
* Mengatasi masalah selsema, batuk dan demam.
* Mengubati asma dan elergi.
* Mengubati Insomnia.
* Menormalkan kadar gula dalam darah.
* Mengatasi penyakit Kardiovaskular/darah tinggi.
* Mampu bertindak sebagai anti oksidan dan anti kanser.
* Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
* Menyihatkan mata.
* Menyeimbangkan berat badan.
* Mengurangkan panas badan.
* Mengubati pening kepala/migraine.
* Menghilangkan sakit-sakit badan.
* Membantu mencerdaskan otak pada kanak-kanak.
* Mengurangkan risiko Osteoporosis.
* Mengubati sakit tenggorok dan sawan.
* Mengatasi masalah stress/tekanan.

                           
                                                        
                                                               Ok... Itulah di antara khasiat Roselle yang dapat saya senaraikan. Sebenarnya ada banyak lagi yang tidak saya paparkan di sini. Kepada yang belum pernah mencuba, jangan lepaskan peluang untuk merasa dan menikmati kelazatan tumbuhan bernama Roselle ini disamping mengalami sendiri faedah dan kebaikannya. Untuk mendapat hasil yang tebaik dan rasa yang lebih sempurna, saya sarankan supaya anda memproses sendiri minuman yang dihasilkan dari Roselle ini. Bukan susah pun. Anda cuma perlu beli, cuci dan memasaknya dengan air dan dicampurkan dengan gula. Lebih menjanjikan kepuasan, jika anda boleh menanam sendiri pokok Roselle ini di tepi kawasan rumah anda. Hmm... Memang sungguh teruja dibuatnya. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pun pernah mempunyai, pengalaman menanam dan memproses Roselle ini. Hasilnya memang amat berbeza jika dibandingkan dengan semua produk Roselle yang terdapat di pasaran. Selamat mencuba!

Nota: Kelebihan rasa jus Roselle bergantung kepada cara anda memproses jus tersebut. Sesuaikan kepekatan dan kemanisan jus mengikut selera dan citarasa anda.

Source: E-media.
                                                                                                     
     ~ Thank You ~

2 comments:

  1. As I understand you tell about hibiscus...The drink from it we call "the red tea", are I usually drink it to rise my pressure:-))

    ReplyDelete
  2. 'Red Tea'...hmm....I really like it and it's very good for me... thanks Maria.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...