Make beautiful words as a true friend ...
~ Ozie
* SIAPALAH AKU TANPA-MU
TanpaMu ya Allah
tidak mungkin aku bisa lahir ke dunia ini
dan melihat indahnya isi alam ciptaanMu
serta merasai nikmatnya sebuah kehidupan
yang dipenuhi rahsia dan misterinya ...
TanpaMu ya Allah
mustahil aku mampu hidup tenang dan bahagia
di samping orang-orang yang ku sayangi
dan seluruh umatMu di dunia ini
yang berbagai gelagat dan kerenahnya ...
TanpaMu ya Allah
masa kan aku dapat mengenali apa itu cinta
serta merasai indahnya bila dimiliki dan memiliki
disayangi dan menyayangi
yang tidak terbayangkan akan nikmatnya .....
TanpaMu ya Allah
siapalah aku .....
By: * OZIE MAHSA (4th. Oct. 2012)
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA