Wednesday, January 2, 2013

* KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH KIWI

Cegah sebelum parah.
Rawat sebelum lewat.
~ Ozie



                                                                      Buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat usia. Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari, kita tidak lagi memerlukan pengambilan produk makanan tambahan kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan seperti vitamin A, B, C, E, magnesium, protein, potasium dan asid folic. Buah kiwi juga mengandungi sumber serat yang tinggi serta mengandungi vitamin yang diperlukan oleh wanita hamil dan sumber tenaga yang baik untuk pesakit diabetes.

Antara khasiat dan kebaikannya: 

* Membantu tubuh mengumuh toksin.
* Menyihatkan sistem penghadaman.
* Mampu mengatasi masalah sembelit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
* Melancarkan perjalanan dan mengurangkan kepekatan darah.
* Mampu meransang sistem imun.
* Bertindak sebagai anti oksidan.
* Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
* Mampu mengawal paras kolestrol.
* Merawat masalah asthma, selsema, batuk dan demam.
* Melambatkan proses penuaan.
* Menyihatkan dan merawat masalah kulit.
* Meningkatkan kemampuan otak.
* Mencegah penyakit alzheimer.

Note:

Sumber informasi di atas hanyalah sebagai panduan. Sebarang masalah kesihatan yang serius, sila ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Disusun semula oleh: * Ozie

* Please CLICK HERE to see more informations.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...