Sunday, February 3, 2013

* PANTUN ~ BERINGAT SEBELUM KENA



PANTUN ~ BERINGAT SEBELUM TERKENA

Melompat-lompat ikan haruan,
Hanyir ketutu dicampak batu;
Beringat-ingat dalam tindakan,
Fikir dahulu tak terburu-buru.

Kekabu dikerat belum berbunga,
Mersawa di lembah setebal mati;
Perlu beringat sebelum terkena,
Supaya tidaklah menyesal nanti.

Membelah kayu teruna pekan,
Petani berjalan becak di tanah;
Melimpah susu kera di hutan,
Mati kelaparan anak di rumah.

Denainya becak keladi mati,
Herba melata di parit asal;
Andainya tidak berhati-hati,
Tiba bencana dihimpit sesal.

Selom disaji kenduri bercukur,
Tempat tetamu belum disedia;
Sebelum nasi menjadi bubur,
Beringat dulu sebelum kena.

Bersuara bilal azan bergema,
Tempat imam sejadah hebat;
Guna akal dengan bijaksana,
Buat keputusan biarlah tepat.

Bunga raya ada di jambangan,
Kerabat melihat melati di tanah;
Empunya kuasa ada di tangan, 
Beringat-ingat jauhilah rasuah.

Ubahlah meja di dewan budiman,
Dipantau persiapan leka di balai;
Usahlah bangga dengan jawatan,
Jikalau keputusan bisa dipertikai.

Menggetus dahlia di padang rata,
Sekuntum bunga tersemat di baju;
Harus waspada sepanjang masa,
Sebelum terkena beringat selalu.

Sekah serendah di rimba raya,
Tertinggal kayu belum dikerat;
Madah berhelah di mana-mana,
Sesal dahulu sebelum terlambat.

By : PAUZI MOHD ISA
Source: Facebook
~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...