TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
1 - Suami mestilah mampu memberi nafkah zahir dan batin.
2 - Suami perlu menyediakan tempat tinggal, pakaian yang sempurna mengikut kemampuannya.
3 - Suami perlu memberi perhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatan isterinya.
4 - Suami mestilah bijak menylesaikan segala permasaalahan yang timbul di antara isteri dan anak-anak, jiran tetangga dan sebagainya.
5 - Isteri berhak untuk mendapat kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik dari suaminya.
6 - Isteri berhak mendapatkan nasihat, bimbingan dan didikan dari suaminya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab rumahtangga dan juga kepada Allah s.w.t.
7 - Suami mestilah menjaga rahsia isterinya supaya tidak didedahkan kepada orang lain.
8 - Isteri berhak untuk mendapat kan penjagaan dan perhatian yang baik dari suaminya. Penjagaan ini meliputi segala hal termasuk kehormatannya.
9 - Suami tidak boleh menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk memdapatkan sesuatu.
10 - Suami tidak boleh melukakan perasaan dan hati isterinya samada dengan perbuatan atau perkataan.
11-Suami semestinya mengelakkan diri dari cemburu buta tanpa asas yang boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
12-Suami mesti memimpin rumahtangga dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
13-Suami mestilah bersederhana dalam segala hal samada dalam berbelanja dan sebagainya.
14-Suami mestilah menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
15-Suami mesti menahan diri dari bergaul dengan wanita lain secara bebas.
Source: Diari Islamiah.
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA