PANDUAN KHUSYUK SEMBAHYANG
1 - Menjaga makan dan minum dan memastikan ia diambil dari sumber yang bersih lagi halah serta menjauhi makanan yang syubahat.
2 - Membanyakkan sedekah terutama pada fakir miskin.
3 - Jangan menahan buang air besar atau kecil sebaliknya hendaklah selesaikan dahulu hajat itu.
4 - Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.
5 - Memakai pakaian yang bersih lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
6 - Sentiasa sembahyang diawal waktu melainkan ada majlis ilmu dan zikir.
7 - Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
8 - Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidup.
9 - Menyedari hakikat yang kita sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui segala rahsia hambanya.
10 - Menyemaikan di dalam hati, perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah Yang Maha Melihat setiap gerak geri kita.
11 - Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
12 - Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah membaca surah an-Nas, selawat ke atas Nabi s.a.w., istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13 - Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
14 - Memastikan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
15 - Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
16 - Tidak memandang ke kiri dan kanan sebaliknya hendaklah memandang ke tempat sujud.
Source: Diari Islamiah.
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA