Sunday, March 3, 2013

* TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI



TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI


1 - Suami berhak menjadi ketua dalam rumahtangganya. Ini kerana sifat-sifatnya yang semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki.

2 - Suami berhak mendapat kesetiaan dan ketaatan dari isterinya. Ketaatan dan kepatuhan ini adalah selagi perintah suami itu tidak bertentangan dengan perintah syarak.

3 - Isteri mestilah memberikan layanan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga sisuami dapat merasakan yang rumahtangga itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

4 - Isteri mestilah menjaga rahsia dan maruah suaminya serta menjaga kehormatan dirinya ketika ketiadaan suami.

5 - Isteri juga mestilah menutup aurat, memelihara pandangan mata dan sebagainya. Tidak mengizinkan lelaki yang bukan mahramnya memasuki rumah ketika ketiadaan suami.

6 - Isteri mestilah mendapat keizinan suami untuk keluar rumah atau mengerjakan solat sunat.

7 - Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami serta berbelanja dalam kadar yang sederhana dan tidak membazir. Dengan cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan.

8 - Isteri juga mestilah mencintai dan menghormati keluarga suaminya sama seperti ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

9 - Isteri mestilah menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri, rumahtangga dan anak-anak.

10 - Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dengan tabah dan sabar.

11 - Sentiasa bersyukur dan tenang samada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.

12 - Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menyediakannya.

13 - Menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

Source: Diari Islamiah.

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...