Saturday, April 20, 2013

* GURINDAM ~ SUARA HATIKU



SUARA HATIKU


Suara hatiku sering bermonolog,
Pekung bangsaku di laman blog.

Suara hatiku sering memberontak,
Melihat bangsaku asyik bertekak.

Suara hatiku mahukan kedamaian,
Sesama Islam negara tak sehaluan.

Suara hatiku mahukan penghormatan,
Bahasa Melayu hendaklah dipertahan.

Suara hatiku mahukan kejujuran,
Banyak penipu lumrah kehidupan.

Suara hatiku inginkan keampunan,
Kepada Allah indahnya ketakwaan.

Suara hatiku inginkan ketenangan,
Hidup di dunia penuh kemungkaran.

Suara hatiku inginkan kebenaran,
Setiap tindakan selitkan keikhlasan.

Suara hatiku harapkan kemakmuran,
Minda jauhari mencerlang kejayaan.

Suara hatiku harapkan pengorbanan,
Demi agama nyawa taruhan.

Suara hatiku harapkan kesinambungan,
Pena di tangan dakwat tak kekeringan.

Suara hatiku sering berbisik,
Bilakah matiku akan dirisik?

Suara hatiku sering berdebar,
Perkhabaran mati sering tersebar.

Suara hatiku sering bertanya,
Bagaimana nanti nasibku di sana?

Suara hatiku sering mengeletar,
Amal ibadahku tidaklah segar.

Suara hatiku sering berkata,
Bumi ini dah di hujung usia.

By: PAUZI MOHD ISA
Source: Facebook


* Please CLICK HERE to see more GURINDAM.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...