HANYA SEBUAH MIMPI
Terpeleku di dada malam yang suram
sendiri melayari rasa yang sarat tertimba
dipeluk loba, dingin yang menerpa
sesekali ...
kelemasan dibuai syahdu malamku
terdampar hiba di penjuru rindu
dan ... pautan rasa pun mula menyatu
menjadi teman setia, di pelabuhan anganku ...
Tanpa ku sedar
diri terlantar sepi, di awangan mimpi
terpisah dari keluhan dan rengekan realiti
pun tetap terkesan dihanyut perasaan
terpesona leka di indahnya bayangan, anugerah Tuhan
biar seketika ku rasai bahagia
limpahan syukur pun tak ternilai harganya
kerana di situ, dirimu berada ...
Dalam lena, cinta kau salurkan meninggalkan kesan
dan aku ... terus hanyut di juring sentuhan
maka terciptalah, sebaris kalimat rahsia
yang bakal ku abadikan
sebagai lukisan, di dalam album kenangan .....
By: * Ozie Mahsa (4th. April 2013)
HANYA SEBUAH MIMPI ~ 2 (click to view)
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA