PENGHULU HARI
Dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya telah datang Jibril a.s. kepadaku dan di telapak tanganku ada cermin putih lalu Jibril berkata, "Ini adalah hari Jumaat, Tuhan telah memfardhukan supaya hari ini menjadi hari raya bagimu dan juga umatmu selepas peninggalanmu nanti."
Tanya Rasulullah lagi, "Apakah keistimewaannya bagi kamu?" Jawab Jibril, "Di dalamnya kamu memilih saat yang paling baik, sesiapa berdoa bertepatan dengan waktu itu, maka akan diperkenankan doanya itu. Ataupun ia memohon untuk berlindung dari kecelakaan serta memohon keampunan maka Allah akan mengampunkannya lebih dari itu. Jumaat adalah penghulu hari segala hari.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sebaik-baik hari yang terbit matahari di dalamnya adalah hari Jumaat, hari yang diciptakan Nabi Adam, hari dimasukkannya Adam ke syurga, juga hari diturunkannya Adam ke bumi dan dihari yang sama juga Allah telah mengampunkan segala dosa Adam. Nabi Adam wafat juga pada hari Jumaat dan hari ini jugalah akan berlakunya kiamat. Jumaat pada sisi Allah adalah hari "Penambahan" begitu jugalah dengan para malaikat."
Sekian
Source: Diary Islamiah
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA