Sunday, June 2, 2013

* SIMPULAN BAHASA (U~Z)




* Ubat hati
Penghibur hati.
* Ubat jerih/lelah
Upah.
* Ulat buku
Orang yang suka atau rajin membaca buku.
* Undur diri
Beredar dari sesuatu tempat.
* Untung batu
Nasib yang buruk.
* Untung sabut
Nasib yang baik.
* Upah seraya
Memberi upah terhadap bantuan yang diberikan.
* Wang duka
Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
* Wang hantaran
Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
* Wang ihsan
Wang yang diberikan sebagai bantuan.
* Wang saku
Wang yang diberi untuk makan atau kegunaan/keperluan lain.
* Wang suap
Bayaran yang diberikan untuk sesuatu pekerjaan, secara tidak sah.
* Zaman atom
Zaman moden atau zaman sekarang, iaitu zaman yang maju.
* Zaman bahari
Zaman purbakala.
* Zaman puntung berasap
Zaman kuno.

Source: E-media
~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...