Saturday, September 21, 2013

* RESEPI ~ MOIST ROSE CAKE/KEK ROS LEMBAB

Click image to view actual size.


Bahan-bahan:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan
2. Serbuk penaik ~ 1 camca besar rata (7g)
3. Telur ~ 3 biji(gred A)
4. Gula pasir ~ 1 suku-1 setengah cawan
5. Minyak jagung ~ 1 cawan
6. Susu sejat (evaporated creamer) ~ 1 cawan (setengah cawan susu + setengah cawan air)
7. Pati sirap ros (yang digunakan untuk membuat minuman) ~ 3 penutup botol/secukupnya

Cara membuatnya:
1. Ayak bahan 1 dan 2, 2-3 kali, kemudian ketepikan.
2. Masukkan bahan 3,4,5, 6 dan 7 satu persatu sambil diblend, sehingga sebati dan naik buih.
3. Masukkan bahan yang telah diblend tadi ke dalam bekas tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata.
4. Tuang ke dalam acuan bulat 7/8 inci yang telah disapukan minyak atau marjerin.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 45-60 minit.

Nota:
- Jika anda menggunakan 'mixer', pukul telur dan gula terlebih dahulu sebelum memasukkan bahan-bahan lain.
- Saya gunakan camca besar kualiti rendah untuk menyukat serbuk penaik. (Camca besar berkualiti tinggi seperti yang digunakan di restoran mewah biasanya lebih besar).
- Anda boleh tambah suku camca teh esen ros jika perlu.
- Jika anda tidak suka susu sejat, boleh gantikan dengan susu segar yang kurang bau (tak perlu campur air).

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. Subhanallah...!!! Assalam..singgah bertandang d Aidil Adha ke 3. ha...sedap2 makanan yg d hidangkan...insyaallah akan mencuba bila ada mas yg terluang nnti....

    ReplyDelete
  2. wsalam Noor... silakan jamu mata... lambat tiba ye..tak pe...masih suasana raya.... hehee....

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...